Sunday, December 28, 2008
MERRY CHIRSTMAS
Sunday, December 7, 2008
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Saturday, November 15, 2008
KEPUTUSAN UPSR 2008
Friday, November 14, 2008
CUTI AKHIR TAHUN
MAJLIS MINI ANUGERAH CEMERLANG 2008
Tuesday, November 11, 2008
NAIK TARAF INFRASTRUKTUR SEKOLAH
Monday, November 3, 2008
PEPERIKSAAN PKSR 2 ( 2008 )
Friday, October 24, 2008
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE GUA SENYUM
Tuesday, October 21, 2008
CUTI SEMPENA HARI DEEPAVALI
Monday, October 20, 2008
PERKHEMAHAN PERDANA 2008
Tuesday, October 7, 2008
PERPINDAHAN PN. ROHANA BINTI ABD. KADIR
Monday, September 22, 2008
PENGUMUMAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2008
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!
Thursday, September 18, 2008
JEMPUTAN PESTA TANGLUNG
Wednesday, September 17, 2008
MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2008
MAJLIS BERBUKA PUASA SK SERI MEGA 2008
Majlis ini adalah anjuran Panitia Agama Islam dengan kerjasama Badan Kebajikan Guru-Guru Islam Sekolah Kebangsaan Seri Mega. Diharapkan agar majlis yang akan dijalankan ini akan memberi manfaat kepada seluruh warga SK Seri Mega secara amnya, dan murid-murid Islam khususnya. Di sini juga pihak penganjur juga mengalu-alukan kepada semua ibu bapa serta murid-murid Islam Sekolah Kebangsaan Seri Mega agar dapat melapangkan diri bagi memeriahkan lagi majlis yang diadakan setahun sekali ini. Semoga majlis yang murni ini akan diberkati dan diredai Allah S.W.T.
Friday, September 5, 2008
UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH
CUTI SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR 2008
Tuesday, September 2, 2008
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-51

MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!
Wednesday, August 27, 2008
Lawatan Ke Muzium TUDM & PDRM
Tuesday, August 26, 2008
Majlis Bacaan Yassin
Thursday, August 21, 2008
Selamat Kembali Ke Sekolah
Thursday, August 14, 2008
Pelancaran Bulan Patriotisme 2008
Cuti Pertengahan Penggal Kedua
Tuesday, August 12, 2008
Pra Perkhemahan 2008
Tuesday, August 5, 2008
Sekolah Ganti ( 9hb. Ogos 2008 )
Monday, August 4, 2008
Manifestasi Koir Lagu Rakyat Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya 2008
Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Manifestasi Koir Lagu Rakyat Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya 2008 pada 2hb. Ogos 2008 (Sabtu) bertempat di Taman Budaya, Kuala Lumpur. SK Seri Mega telah menyertai pertandingan tersebut dan menyampaikan lagu yang berjudul 'Kenek-kenek La Odeng'. Kita amat bertuah kerana telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Kategori Sekolah Rendah. Hadiah berbentuk piala, sijil penyertaan peringkat negeri dan wang tunai berjumlah RM600 telah berjaya dimenangi.
Pasukan Koir Sekolah Kebangsaan Seri Mega ini adalah di bawah bimbingan Cik Roslin, Pn. Mah dan En. Megat. Mereka adalah guru muzik dan kebudayaan SK Seri Mega. Pasukan koir ini juga telah mendapat sentuhan daripada Pn. Norizan (GPK Ko-Kurikulum) bagi menyempurnakan gaya serta gerak tari mereka. TAHNIAH diucapkan.
Pertandingan Ping Pong Tunas Harapan Kuala Lumpur
Thursday, July 17, 2008
SELAMAT DATANG GURU BESAR BARU
Thursday, July 10, 2008
Pertandingan Coraldra Peringkat Negeri
Saturday, May 17, 2008
SAMBUTAN HARI GURU 2008
Pada tanggal 16hb. Mei 2008, Sekolah Kebangsaan Seri Mega telah menyambut Hari Guru buat kesekian kalinya. Sambutan ini dimulai dengan bacaan doa, diikuti dengan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, disusuli dengan ucapan daripada wakil murid, serta diakhiri dengan ucapan daripada Pn. Rohana Binti Abd. Kadir (GPK Kurikulum & Tadbiran). Acara diteruskan lagi dengan persembahan daripada murid. Mereka telah mempersembahkan coral speaking
, alunan nasyid dan paluan kompang. Guru-guru juga tidak melepaskan peluang untuk memperlihatkan bakat mereka dengan mengambil bahagian dalam pendeklamasian puisi. Ia disampaikan oleh Cikgu Sardi dan Cikgu Abdul Rahman (duet) dan Ustazah Rosmani. Selepas selesai acara tersebut, semua guru telah menyanyikan lagu tema Hari Guru 2008 diikuti dengan lagu Guru Malaysia. Habis sudah acara perasmian, acara disambung pula dengan sesi permainan oleh guru-guru.
Acara yang dipertandingkan adalah seperti membaling dan menyambut plastik berisi air, melontar telur yang paling banyak, membina kapal terbang kertas yang paling jauh dan paling lama di udara. Semua guru yang menyertai permaian tersebut berasa amat gembira dan teruja melakukannya. Pemenang bagi acara membaling dan melontar plastik berisi air telah dimenangi oleh guru-guru dari rumah merah, manakala pemenang bagi acara melontar telur pula dimenangi oleh guru-guru dari rumah kuning.
Bagi acara perseorangan pula, iaitu acara membina dan menerbangkan kapal terbang kertas yang paling jauh dirangkuli oleh Cikgu Syaiful Bahari (Pertama), Cikgu Abdul Rahman (Kedua), dan CikguMohd. Fadzli (Ketiga). Manakala bagi acara membina kapal terbang kertas paling lama di udara pula dimenangi oleh Cikgu Mohd. Fadzli (Pertama), Cikgu Pn. Bala (Kedua), Cikgu Syaiful Bahari (Ketiga). Selepas tamat semua acara tadi guru-guru dijemput menjamu selera di kantin sekolah. Jamuan tersebut ditaja sepenuhnya oleh pengusaha kantin sendiri.
Terima kasih diucapkan kerana sudi menaja jamuan Hari Guru 2008 pada kali ini. Tidak dilupakan juga kepada Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) kerana sudi menyumbangkan sebiji kek sempena sambutan Hari Guru 2008 ini. Acara penutup pada hari tersebut adalah acara penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disempurnakan oleh Pn. Rohana (GPK Tadbiran & Kurikulum). SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU SK SERI MEGA.
Monday, May 12, 2008
Hari Guru 2008 SK Seri Mega
Friday, April 25, 2008
Gambar Kenangan Sukan Tahunan SK Seri Mega 2008
Wednesday, April 23, 2008
Ustaz Abdul Karim Dinaikkan Pangkat
Tuesday, April 22, 2008
Temasya Sukan Tahunan SK Seri Mega Kali Ke-23
Puan Saba'ah Binti Ibrahim. Pihak Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SK Seri Mega juga ada membuka gerai makanan dan minuman semasa acara sedang berlangsung bagi memeriahkan lagi temasya sukan pada kali ini. Acara perbarisan dan lintas hormat merupakan acara pembukaannya. Diikuti dengan acara lafaz ikrar oleh wakil murid serta upacara menaikkan bendera.
Sejurus selepas itu, Guru Besar serta YDP PIBG SK Seri Mega dijemput menyampaikan ucapan masing-masing. Selepas tamatnya acara perbarisan lintas hormat, acara sukan pun dimulai. Pelbagai acara sukan telah dirancang serta dilaksanakan dengan kerjasama semua guru dan penglibatan semua murid warga SK Seri Mega. Antara acara yang telah dijalankan adalah seperti acara larian, tarik tali, acara khas bekas pelajar SK Seri Mega serta acara khas peserta jemputan. Pada tahun ini,
Rumah Biru Wira telah muncul juara keseluruhan dengan mengutip sebanyak 463 mata. Diikuti oleh Rumah Hijau Satria (432), Rumah Merah Waja (363), dan Rumah Kuning Putra (307). Rumah Biru Wira juga telah menunjukkan komitmen mereka apabila diumum sebagai juara perbarisan dengan mengalahkan kontinjen-kontinjen rumah sukan yang lain. Olahragawan 2008 telah jatuh kepada peserta dari Rumah Biru Wira iaitu Muhd. Syaifullah (6K). Beliau telah memperoleh 4 pingat emas dalam acara 200m, 4x100m, 4x200m, serta lompat jauh dan 1 pingat perak dalam acara 100m. Manakala Olahragawati 2008 telah dianugerahkan kepada peserta dari Rumah Merah Waja iaitu Siti Amanina (6R). Beliau telah memenangi 3 pingat emas dalam acara lompat jauh, lompat tinggi dan 4x200m serta memperoleh 1 pingat perak dalam acara 4x100m. Muhd. Azam bin Khairul Anuar (5R) dari Rumah Biru Wira pula telah dinobat sebagai Olahragawan Harapan 2008, manakala Olahragawati Harapan 2008 diberi kepada Yuhana (5S) dari Rumah Kuning Putra. Begitulah kesudahan Temasya Sukan Tahunan SK Seri Mega Kali Ke-23 yang telah berlangsung dengan jaya dan meriahnya di padang sekolah SK Seri Mega sendiri. Walaupun padangnya becak, namun semangat kesukanan yang jitu telah ditunjukkan oleh para peserta dengan menyertai kesemua acara sukan yang telah dipertandingkan. Oleh kerana, Temasya Sukan Tahunan SK Seri Mega Kali Ke-23 ini jatuh pada hari Sabtu (cuti), maka pihak sekolah telah dibenarkan oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan untuk menggantikan cuti tersebut pada hari Isnin (21hb. April 2008). Sekolah akan dibuka semula pada hari Selasa (23hb. April 2008) nanti. Sekian, harap maklum.Thursday, April 17, 2008
Sukan Tahunan Dan Cuti Peristiwa

Friday, April 11, 2008
Keputusan Mata Keseluruhan Rumah Sukan
Rumah Merah Waja
56 (100m) + 43 (L.Peluru) + 3 (L.Jauh) = 102 (Jumlah)
Rumah Biru Wira
48 (100m) + 39 (L.Peluru) + 8 (L.Jauh) = 95 (Jumlah)
Rumah Kuning Putra
43 (100m) + 36 (L.Peluru) + 1 (L.Jauh) = 80 (Jumlah)
Rumah Hijau Satria
42 (100m) + 34 (L.Peluru) + 4 (L.Jauh) = 80 (Jumlah)
Jumlah mata adalah setakat 11hb. April 2008. Mata rumah sukan akan terus bertambah jika atlit rumah sukan berjaya memperoleh pingat dalam acara yang dipertandingkan.
Pertandingan Melukis Kempen Keselamatan Jalanraya

Pertandingan ini telah dijalankan pada 10hb. April 2008 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan dan Shell Malaysia. Ia telah disertai oleh 102 buah sekolah seluruh Wilayah Persekutuan. Pihak sekolah telah menghantar tiga orang peserta untuk menyertai pertandingan tersebut. Mereka adalah Sarannya A/P Balakrishnan (3S), Rachel Wong Li Yen (3S), dan Chuang Pei Ning (6S). Salah seorang daripadanya telah berjaya mendapat Tempat Pertama dalam Pertandingan Melukis - Tahap 1. Beliau ialah Rachel Wong Li Yen. Tahniah diucapkan kepada beliau.
Tuesday, April 8, 2008
Sukantara 2 (Tahap 1 & 2)
Monday, April 7, 2008
Sukantara (Tahap 2) 2008
Pertandingan Ping Pong (R) Zon Bangsar

Monday, March 31, 2008
Skim Hadiah Galakan Sekolah-Sekolah Malaysia
Tidak berapa lama dahulu, Sek. Keb. Seri Mega telah menyertai Pertandingan Skim Galakan Sekolah-Sekolah Malaysia yang telah dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji sebagai sekolah yang
mempunyai penyimpan terbanyak di dalam Lembaga Tabung Haji 2007. Dan baru-baru ini pihak sekolah telah diberitahu bahawa kita telah memenangi Tempat Pertama dalam pertandingan tersebut dalam kategori Sekolah Rendah Zon Tengah. Pihak Lembaga Tabung Haji telah menyampaikan cek berjumlah RM5000 kepada pihak sekolah sebagai hadiah. 

"TAHNIAH""TAHNIAH""TAHNIAH""TAHNIAH""TAHNIAH"
English Week - Prize Giving Ceremony


Saturday, March 29, 2008
Majlis Maulidur Rasul SK Seri Mega 2008
Sempena menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. SK Seri Mega telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul 2008 pada 29hb. Mac 2008. Acara pertama yang dijalankan adalah perarakan mengelilingi kawasan sekolah sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Setelah selesai berselawat, murid-murid berkumpul di dalam Dewan Bakti untuk sesi ceramah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Diikuti pula oleh bacaan kitab suci Al-Quran. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan persembahan nasyid oleh murid-murid Tahap 1 dan 2.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Norizan Binti Ahmad
merangkap GPK Ko-Kurikulum SK Seri Mega. Majlis disudahi dengan ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan. Selesai sahaja majlis tersebut para tetamu, guru-guru serta murid-murid dijemput ke kantin untuk menjamu selera.
Sejurus selepas waktu rehat murid-murid serta guru-guru menyertai pertandingan penulisan khat di Dewan Bakti, SK Seri Mega. Semasa murid Islam menyambut Maulidur Rasul murid-murid bukan Islam pula menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah diatur oleh guru-guru Panitia Pendidikan Moral.Monday, March 24, 2008
English Week
- Year 1 - Rhyme recitations Competition
- Year 2 - Spelling Bee
- Year 3 - Story Telling Competition and Poem Recitation
- Year 4 - Story Telling Competition
- Year 5 - Story Telling Competition
- Year 6 - Public Speaking Competition
Prize will be given to the first 3 winners of each class. Prizes will be given out on 31 March 2008 during the assembly which is also the Prize Giving Ceremony. The aim of having an English Week is to encourage students to speak English, participate in the activities and competitions and to show their talents in the various fields like story telling and speaking in public. These activities can raise the level of proficiency of English among students in the school.
Saturday, March 22, 2008
Perlantikan AJK PIBG SK Seri Mega 2008
- YDP : Pn. Saba'ah
- NYDP : Pn. Kareen Yee
- Setiausaha : Pn. Fatimatul Zaharah
- Naib Setiausaha : En. Mohd. Haizam
- Bendahari : Pn. Tiong
- AJK Ibu Bapa : En. Micheal Eng, Dr. Jega, En. Tarsha Singh, Pn. Shuridah
- AJK Guru : En. Sardi, En. Nazri, Pn. Azlina, Pn. Tay, Pn. Bala
- Juruaudit Dalam : En. Gan Kien Fatt
- Juruaudit Luar : Pn. Chong
Majlis Perlantikan Pengawas, Pengawas PSS, Pengawas SPBT, Ketua dan Penolong Ketua Darjah 2008

Friday, March 21, 2008
Mesyuarat Agong PIBG SKSM Ke-26
Tuesday, March 18, 2008
Cikgu Russita Binti Hashim Dalam Kenangan
