Friday, April 17, 2009

Minggu Sains dan Matematik

6-10hb April merupakan Minggu Sains dan Matematik telah diadakan, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh guru-guru dan melibatkan murid-murid dari kedua-dua tahap. Penyertaan daripada murid-murid amat menggalakkan. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada hari jumaat. Tahniah kepada mereka yang berjaya. Pada keesokkan harinya, beberapa murid tahap 2 mengikuti lawatan sambil belaja ke Zoo Negara.

Majlis Sayangi Rasul



Pada 3hb April, sekolah telah mengadakan Majlis Sayangi Rasul, sempena memperingati Kelahiran Rasulullah, walaupun sambutan ini agak terlewat dari bulan Rabiulawal, namun apa yang perlu diingati untuk mengingati Rasulullah bukan pada masa dan bulan tertentu sahaja, demikian yang diperkatakan oleh penceramah jemputan pada hari tersebut. Serentak dengan itu murid-murid moral juga mengadakan program Motivasi yang dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu Tahap 1 & 2. Selepas rehat, kedua-dua mengadakan program Khat bagi murid Islam dan pertandingan mewarna kepada murid moral. Proram pada hari tersebut berjalan dengan lancar.

Ujian Bulanan March

Selepas cuti pertengahan semester, murid-murid SK Seri Mega menghadapi ujian bulanan yang pertama...Selamat Menghadapi ujian!!

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia