Friday, August 6, 2010

SOLAT HAJAT 2010




Pada hari Khamis malam Jumaat (5 Ogos 2010), pihak sekolah telah mengadakan solat hajat serta bacaan surah Yassin beramai-ramai. Majlis ini diadakan di Masjid Abdul Rahman Al-Ausf Kampung Petaling Bahagia, Puchong. Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi memohon restu dari-Nya agar murid-murid Tahun 6 khususnya memperoleh hidayah, keberkatan, kekuatan, keberanian serta tenang ketika menjawab soalan peperiksaan UPSR 2010 nanti. Peperiksaan tersebut akan dijalankan pada bulan Oktober 2010 iaitu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang mendatang.

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia