Thursday, November 29, 2007

Waktu Operasi Kedai Buku

Perhatian kepada semua warga SK Seri Mega. Kedai buku sekolah telah memulakan jualan bukunya bermula pada 19 November 2007 hingga 31 Disember 2007. Waktu operasinya pula adalah dari jam 9.00 pagi hingga 3.30 petang. Sila datang segera selagi stok masih ada. Sekian, harap maklum.

Friday, November 16, 2007

Selamat Berpisah


Jumaat (16hb. November 2007) - Guru ibarat cahaya. Pada hari ini, SK Seri Mega telah kehilangan 3 orang guru yang disanjungi. Mereka ialah Cikgu Abdul Razak, Cikgu Asrul Nizam, dan Cikgu Zaid. Mereka telah ditugaskan untuk mengajar di kawasan luar bandar di mana perkhidmatan mereka lebih diperlukan. Cikgu Abdul Razak telah ditukarkan ke negeri Pahang Darul Makmur, manakala Cikgu Asrul Nizam dan Cikgu Zaid masing-masing ditukarkan ke Perak Darul Ridzuan dan negeri Pulau Pinang. Selamat menjalankan tugas. Jasa kalian di SK Seri Mega tidak akan kami lupakan.

Thursday, November 15, 2007

Keputusan UPSR 2007

Pada masa yang sama keputusan UPSR 2007 telah dikeluarkan. Seramai 16 orang murid yang berjaya mendapat keputusan 5A manakala 16 orang mendapat 4A daripada 70 orang murid yang telah memduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru-guru SK Seri Mega.

Hari Anugerah Cemerlang 2007


Khamis (15hb. November 2007) - Pada hari ini, SK Seri Mega telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang 2007. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG, SK Seri Mega. Tokoh Kurikulum pada tahun 2007 jatuh kepada Amerul Syafiq (6 Seroja) dan Janice Khaw (6 Seroja). Manakala Tokoh Ko-Kurikulum pula disandang oleh Mohd. Faiz (6 Ros) dan Nurul Husna (6 Ros). Majlis ini juga telah diserikan lagi dengan persembahan nyanyian oleh murid-murid SK Seri Mega.

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia