Thursday, July 17, 2008

SELAMAT DATANG GURU BESAR BARU

16hb. Julai 2008 (Rabu) - Sekolah Kebangsaan Seri Mega telah menerima seorang GURU BESAR yang baru. Beliau ialah Pn. Pok Mee Chin yang sebelum ini bertugas di SK St. John (1). Di sana beliau juga bertugas sebagai guru besar. Beliau ditugaskan ke sini atas sebab arahan daripada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP) bagi menggantikan guru besar terdahulu iaitu En. Sarjit Singh A/L Sarban Singh. En. Sarjit Singh kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan La Salle Brickfields (2). SK Seri Mega mengucapkan selamat datang kepada Pn. Pok Mee Chin ke sekolah kami. Semoga dengan adanya ketua baru di sini akan memantapkan serta dapat memacu pertumbuhan dan perkembangan SK Seri Mega ke suatu alaf yang baru.

Thursday, July 10, 2008

Pertandingan Coraldra Peringkat Negeri

10hb. Julai 2008 - Sekumpulan anak didik SK Seri Mega telah menyertai Pertandingan Coraldra Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan. Mereka terdiri daripada 30 orang murid yang diketuai oleh Nurul Aina Izzati dari kelas 5 Seroja. Setelah melalui laluan mudah pada peringkat Zon Bangsar mereka telah terpilih untuk ke peringkat negeri yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Melati. Tahniah diucapkan kepada mereka kerana telah memenangi tempat ke-3 daripada 4 zon yang bertanding. Tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Meon Bin Hassan kerana telah berjaya membimbing mereka sehingga ke peringkat negeri. Mungkin tahun mendatang akan lebih cemerlang dan gemilang buat mereka. TAHNIAH!!!TAHNIAH!!!TAHNIAH!!!

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia