Friday, October 24, 2008

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE GUA SENYUM

24hb. Oktober 2008, Jumaat - Sekolah Kebangsaan Seri Mega telah bertolak ke Bentong, Pahang Darul Makmur. Sasaran mereka adalah Gua Senyum yang menyimpan pelbagai khazanah asli seperti gua-gua batu kapur yang unik lagi indah. Tujuan mereka ke sana adalah untuk mengikuti aktiviti lawatan sambil belajar yang dirancangkan oleh pihak sekolah ini sebelum ini. Di sana mereka akan didedahkan dengan pelbagai jenis-jenis gua batu kapur serta ciri-ciri gua batu kapur yang yang perlu dipelihara dan dijaga agar tidak luput ditelan zaman. Mereka yang terlibat dengan lawatan sambil belajar ini terdiri daripada guru-guru dan murid-murid Tahun 6 sahaja. Mereka dijangka pulang semula ke Kuala Lumpur pada sebelah petang atau malam.

Tuesday, October 21, 2008

CUTI SEMPENA HARI DEEPAVALI

Sekolah Kebangsaan Seri Mega akan bercuti pada hari Isnin (27/10/08) sempena menyambut sambutan Hari Deepavali pada tahun ini. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Seri Mega akan menambah 2 hari lagi bagi membolehkan masyarakat India menyambut Hari Deepavali dengan lebih meriah. Hari yang dimaksudkan adalah hari Selasa (28/10/08) dan Rabu (29/10/08). Sekolah akan mula dibuka semula pada hari berikutnya iaitu hari Rabu (30/10/08). Untuk makluman tuan, puan atau penjaga kepada semua warga SK Seri Mega, cuti ini tambahan selama 2 hari itu telah pun diganti sebelum ini. Sila rujuk surat pekeliling yang telah diedarkan sebelum ini. Dikesempatan ini, semua staf SK Seri Mega ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN HARI DEEPAVALI 2008. Sekian, harap maklum.

Monday, October 20, 2008

PERKHEMAHAN PERDANA 2008



Pada 17hb. Oktober 2008 (Jumaat) yang lalu, Sekolah Kebangsaan Seri Mega telah berjaya mengadakan aktiviti Perkhemahan Perdana 2008. Aktiviti tersebut telah dijalankan di Asli Adventure Resort, Pangsun, Ulu Langat. Aktiviti itu telah berjalan selama 3 hari 2 malam. Seramai 46 orang murid SK Seri Mega telah mendaftar diri pada hari pendaftaran. Mereka bertolak ke Asli Adventure pada jam 3.00 petang Jumaat. Ketika berada di sana mereka telah didedahkan kepada aktiviti Ice Breaking, Teknik Membina Gadjet, Merentas Hutan, Pertandingan Memasak, Berakit, Merentas Kolam, Repealling, serta Pertandingan Kawat Kaki. Rata-ratanya para peserta aktiviti kali ini amat bersemangat dan teruja untuk mengikuti setiap aktiviti yang telah direncakan buat mereka. Walaupun pihak sekolah kekurungan peruntukan kerana kurangnya sumbangan daripada pihak luar bagi menampung kekurangan perbelanjaan aktiviti perkhemahan pada kali ini, ia dapat dijalankan dengan baik. Diharapkan agar pada tahun-tahun yang akan datang lebih banyak pihak luar tampil memberikan sumbangan mereka bagi menjayakan lagi aktiviti-aktiviti komuniti yang dianjurkan oleh pihak SK Seri Mega. Aktiviti Perkhemahan Perdana 2008 pada kali ini telah berjaya ditamatkan pada petang Ahad yang lalu. Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan kerana semuanya telah selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah turut serta pada aktiviti Perkhemahan Perdana 2008 pada tahun ini. Di sini juga pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang perseorangan serta syarikat-syarikat yang sudi menyumbangkan sumber kewangan bagi menjayakan aktiviti perkhemahan pada kali ini. Dengan adanya sumbangan daripada tuan/puan dapatlah pihak sekolah merancang dan menjalankan aktiviti perkhemahan yang lebih menarik lagi pada tahun hadapan. Insyaallah.

Tuesday, October 7, 2008

PERPINDAHAN PN. ROHANA BINTI ABD. KADIR

Pada 1hb. Oktober 2008 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Seri Mega telah dikejutkan dengan berita perpindahan Pn. Rohana Binti Abd. Kadir selaku Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum, Sekolah Kebangsaan Seri Mega, Kuala Lumpur. Beliau akan ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan. Untuk pengetahuan semua, Pn. Rohana telah ditempatkan ke sekolah ini pada Julai 2006. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini selama 2 tahun 3 bulan. Walaupun ianya sekejap cuma tetapi oleh kerana keramahannya beliau mudah mesra di sekolah ini. Walau bagaimanapun, beliau telah meminta penangguhan perpindahan selama kurang lebih seminggu untuk menyelesaikan tugasan yang belum selesai di SK Seri Mega ini. Selepas daripada itu, beliau akan menyerahkan tugasnya secara rasmi kepada GPK Tadbiran dan Kurikulum yang baru. Seluruh warga SK Seri Mega berasa sedih kerana kita telah kehilangan seorang guru yang berdedikasi serta penuh dengan toleransi terutama sekali kepada guru-guru dan para pelajar. Diharapkan agar beliau gembira di sana nanti. SAYONARA CIKGU

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia