Thursday, February 18, 2010

Selamat Tahun Baru Cina.



12 Februari, sebelum masyarakat Cina menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada 14 Februari, SKSM telah mengadakan sambutan mini sempena perayaan tersebut dengan menyanyikan lagu 'Gong Xi Fa Cai' beramai-ramai bersama guru dan murid semasa perhimpunan. Murid-murid kelas Bahasa Cina telah membuat persembahan nyanyian pada hari tersebut dengan memakai baju tradisi masyarakat Cina yang sangat menarik dan berwarna warni. Selamat Tahun Baru Cina kepada semua guru dan murid-murid yang menyambut perayaan tersebut. Gong Xi Fa Cai!!!

PERLANTIKAN PEMIMPIN KECIL



8 Februari, Sekolah telah mengadakan Majlis Perlantikan Pemimpin Kecil SK Seri Mega, iaitu melantik Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT ,Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas sesi pesekolahan 2010. Guru Besar telah merasmikan dan menyampaikan Sijil Perlantikan kepada semua Pemimpin Kecil. Seterusnya bacaan Ikrar oleh semua Pengawas, Ketua dan Penolong Ketua Kelas diketuai oleh Ketua Pengawas yang baru iaitu adik Nor Fadila dari 6R . Pemilihan Ketua Pengawas berdasarkan beberapa kriteria tang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Pengawas dan Disiplin sekolah. Menariknya pemilihan Ketua Pengawas pada tahun ini, berdasarkan 'Public Speaking' kebolehan berucap di khalayak ramai setelah pemilihan 5 orang calon yang layak dari kalangan Pengawas tahun 6. Jurinya adalah semua guru-guru SKSM. Acara ucapan tersebut telah diadakan pada minggu sebelumnya iaitu pada 5 Februari yang lalu. tahniah kepada sekali lagi kepada adik Nor Fadila kerana bakat kepimpinan, kepetahannya dan bijak berkata-kata telah memenangi hati para juri, walaupun berbadan kecil tetapi beliau mempunyai semangat besar untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. Manakala, adik Tricia juga dari kelas 6R, merupakan seorang yang bertanggungjawab, tegas dan penuh dedikasi semasa menjalankan tugas telah dipilih menjadi Penolong Ketua Pengawas SKSM.

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah SKSM


29 Januari, SK Seri Mega telah mengadakan sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah sempena sambutan tahun baru bagi kalender Islam. Berbeza dengan sambutan sebelum ini, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan beberapa pertandingan untuk memilih wakil sekolah ke pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Zon Bangsar pada bulan April nanti. Antara pertandingan yang telah diadakan ialah, Azan, Tilawah Al-Quran, Hafazan. Bercerita Bahasa Malaysia dan Bercerita Bahasa Inggeris, yang melibatkan murid Tahap 2 dan murid tahap 1 terlibat dengan pertandingan mewarna dan menulis khat. Syukur, majlis tersebut berjalan dengan lancar, Tahniah dan Terima Kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus untuk menjayakan program tersebut.

Friday, February 5, 2010

HARI KELUARGA SK SERI MEGA 2010


Jemputan Hari Keluarga SK Seri Mega 6 MAC 2010..
Jangan lupa beli kupon...!
Sumbangan daripada ibubapa dan orang perseorangan dialu-alukan untuk menjayakan Hari Keluarga tersebut.

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia