Saturday, January 9, 2010

Selamat Tahun Baru...

4 Januari 2010, telah bermula sesi persekolahan untuk sesi 2010. Selamat datang Tahun Baru begitu juga dengan kehadiran pelajar baru terutamanya murid-murid Tahun Satu dan Pra Sekolah. Pelbagai karenah dan keletah mereka dapat diperhatikan, yang pastinya saban tahun Guru tahun satu dan Guru Pra Sekolahlah yang paling sibuk, melayan ibubapa dan anak-anak mereka. Walauapapun Terima kasih kepada ibubapa yang memberi kepercayaan kepada warga kerja SK Seri Mega kerana menjadikan SKSM institusi terawal pendidikan anak-anak mereka. Sebagai Guru-Guru di SK Seri Mega kami mengalu-alukan kehadiran mereka dan bersedia mencurah bakti. "Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung!"

Pada 31 Disember 2009 telah dijalankan Minggu Orientasi untuk murid-murid Tahun Satu dan Murid Pra Sekolah. Ujian Diagnostik telah diadakan untuk murid tahun satu. Tujuannya untuk penempatan kelas kepada murid baru. SK Seri Mega mempunyai 3 kelas di setiap tahun, iaitu Seroja, Ros dan Kenanga. Selamat Datang Ke SK Seri Mega kepada murid-murid baru!!!

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia