Saturday, September 19, 2009

Majlis Berbuka Puasa 2009

Pada malam Rabu (16hb. September 2009) yang lalu, Sekolah Kebangsaan Seri Mega telah mengadakan majlis berbuka puasa untuk kakitangan sekolah. Majlis yang bermula pada jam 6.30 petang itu telah dijayakan oleh guru-guru dan staf sokongan yang beragama Islam. Menu pada malam itu telah disediakan oleh pihak kantin sekolah. Semua kakitangan yang hadir tutur membawa pasangan serta ahli keluarga masing-masing. Suasana pada malam itu sungguh meriah. Majlis dimulakan dengan kedatangan pada hadirin, diikuti pula dengan acara berbuka puasa. Selepas daripada itu, pada hadirin telah menunaikan solat magrib secara berjemaah di surau SK Seri Mega. Solat tersebut telah diimami oleh Ustaz Mohd. Zuhdi. Diharapkan majlis seumpama ini dapat diamalkan setiap tahun apabila tiba bulan Ramadhan yang mulia. Insyallah.

Cuti Khas Institusi Pendidikan Malaysia Sempena Hari Raya Aidilfitri 2009

1. Kabinet yang bermesyuarat pada hari ini, 16 September 2009, telah bersetuju untuk memberi Cuti Khas kepada semua Sekolah dan Institusi Pendidikan di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari Jumaat, 18 September 2009, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang dijangka akan disambut pada hari Ahad 20 September atau hari Isnin 21 September 2009.

2. Keputusan ini diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.

3. Dengan keputusan Kabinet ini maka semua arahan Kementerian Pelajaran berkaitan Cuti Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H sebelum ini adalah terbatal.YAB Menteri Pelajaran MalaysiaPutrajaya, 16 September 2009.

Dipetik daripada Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tuesday, September 15, 2009

Cuti Peristiwa Hari Raya Aidilfitri 1430H

Kepada semua warga SK Seri Mega,
Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, pihak sekolah telah memohon cuti peristiwa pada 18hb. September 2009 (Jumaat). Ia bertujuan memberi peluang kepada warga SKSM yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 20hb. @ 21hb. September 2009 pulang awal ke kampung masing-masing. Ini dapat mengelakkan mereka daripada terlibat dalam kesesakan lalu-lintas semasa pulang beraya di kampung masing-masing. Semoga anda semua selamat pergi dan pulang.

Untuk makluman semua, Sekolah Kebangsaan Seri Mega akan bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri 2009 bermula dari 18hb. September 2009 sehingga 27hb. September 2009. Sesi persekolah akan dibuka semula pada 28hb. September 2009 (Isnin).

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI &
MAAF ZAHIR BATIN

Fadhilat Solat Tarawih 6

Malam 26
Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.

Malam 27
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam 28
Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam 29
Allah SWT akan mengurnikan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam 30
Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam yang terakhir dengan firman-Nya ; Wahai hambaku! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabilah serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kautsar.

Dipetik daripada laman blog Cikgu Fadzli

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA 1430H
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI &
MAAF ZAHIR BATIN

Friday, September 11, 2009

Fadhilat Solat Tarawih 5

Malam 21
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam 22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam 23
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam 24
Allah SWT akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.

Malam 25
Allah SWT akan mengangkat seksa kubur darinya.

Dipetik daripada laman blog Cikgu Fadzli

Saturday, September 5, 2009

Fadhilat Solat Tarawih 4

Malam 16
Allah SWT menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17
Allah SWT menulis baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18
Malaikat menyeru : Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah reda denganmu atau dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia).

Malam 19
Allah SWT akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang dalam syurga yang diperbuat daripada cahaya.

Dipetik daripada laman blog Cikgu Fadzli

Wednesday, September 2, 2009

Permohonan eG-Tukar 2009

Pada 1hb. September 2009, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan pekeliling permohonan pertukaran guru secara online. Permohonan ini dibuka dari 1hb. September 2009 hingga 30hb. September 2009. Kepada mana-mana guru di Malaysia yang ingin memohon pertukaran tersebut anda boleh melayari laman web KPM di http://www.moe.gov.my/ atau http://apps.emoe.gov.my/epgo/. Untuk makluman semua, permohonan ini adalah untuk pertukaran guru antara negeri sahaja. Bagi pertukaran dalam daerah atau antara daerah sila hubungi JPN atau PPD masing-masing. Sekian, harap maklum.

Sumber dari Kementerian Pelajaran Malayisa (KPM)

Fadhilat Solat Tarawih 3

Malam 11
Meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam 12
Akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam 13
Akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.

Malam 15
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Dipetik daripada laman blog Cikgu Fadzli

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia