Sunday, March 15, 2009

TUNGGAK RUMAH HIJAU...TAHNIAH!





Tahniah kepada guru pasukan rumah Hijau!!!Guru Rumah Hijau yang penuh dedikasi, dari kiri, Cikgu Roslin, Pn.Low, Pn.Yap, Pn.Norashikin dan Pn.Nurliza..Syabas Cikgu-cikgu!!!

Rumah Hijau Juara Temasya Sukan Tahunan SK Seri Mega Kali ke 24 2009

Juara Perbarisan




Keputusan Mutakhir Temasya Sukan SK Seri Mega kali ke 24


10 Mac 2009, setelah tertangguhnya acara penutupan Temasya Sukan SKSM yang ke 24 pada 7 Mac lalu, disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan. Syukur kepadaNya, pada hari ini segala teka teki siapakah juara rumah sukan tahun ini telah terjawab. Sudah terang lagi bersuluh, demikian pengumuman Pn.Rosmani Hussin selaku juru acara pada hari tersebut, mengumumkan Rumah Hijau menjadi juara Rumah sukan pada temasya sukan kali ini, diikuti oleh rumah Kuning, Biru dan Merah. Tahniah diucapkan kepada pasukan rumah Hijau di atas kemenangan mereka. Apa yang menariknya pada tahun ini pencapaian drastik dan membanggakan pasukan rumah Kuning menduduki tempat kedua adalah tidak disangka-sangka, memandangkan prestasi mereka pada tahun-tahun sebelum ini tidak memberangsangkan. Bagaimanapun pada tahun ini Pasukan Kuning Putra telah membuktikan mereka juga boleh dan mereka juga telah menjuarai pertandingan perbarisan. Tahniah sekali lagi, kepada semua rumah sukan , tahun hadapan gelanggang masih terhidang, padang masih terbentang, selut dan lumpur pasti menanti...Persiapkan jentera rumah sukan masing-masing untuk terus berjuang!! SK Seri Mega Boleh!!!

Saturday, March 7, 2009

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKSM 2009



Sabtu (7hb. Mac 2009) - Pada hari ini SK Seri Mega telah mengadakan temasya sukan tahunan dengan jayanya. Temasya sukan pada kali ini telah dirasmikan oleh oleh Pn. Sabaah selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK seri Mega.
Temasya yang dimulakan pada jam 8.00 pagi ini telah dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen kejohanan. Ia diikuti oleh bacaan ikrar oleh adik Ameer dari rumah biru. Selepas itu sesi ucapan perasmian pula mengambil tempat.
Sejurus kemudian barulah acara Sukan Tahunan SK Seri Mega dimulai. Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga turut terlibat secara langsung dengan membuka gerai-gerai jualan bagi menambah tabung PIBG sekolah. Jumlah ibu bapayang turut hadir juga adalah begitu menggalakkan. Temasya kali ini tidak dapat ditamatkan sepenuhnya kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun ia akan dijalankan pada masa terdekat. Majulah sukan untu negara.

Friday, March 6, 2009

Temasya Sukan Tahunan SKSM kali ke 24 2009


Sukan merupakan acara tahunan sekolah, sepanjang minggu, guru-guru dan murid-murid SK Seri Mega sibuk menjalani latihan, pertamdingan dan raptai sukan, berbagai acara telah dipertandingkan untuk mencungkil bakat atlit-atlit kecil di peringkat sekolah. Hari ini 6 Mac 2009 telah diadakan majlis penyampaian hadiah untuk acara yang tekah di pertandingkan sepanjang minggu ini, iaitu acara Lompat Jauh (L/P) Tahap 1 & 2, Lontar Peluru(L/P) Tahap 1 & 2, Lompat Tinggi (L/P) Tahap 2. Tahniah kepada semua pemenang. Walaubagaimanapun perjuangan mereka belum berakhir kerana esok adalah acara kemuncak temasya sukan pada tahun ini untuk mencari Rumah Sukan manakah yang akan menjadi juara, dan menentukan siapakah Olahragawan dan Olahragawati SKSM 2009.

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia