Monday, October 20, 2008

PERKHEMAHAN PERDANA 2008



Pada 17hb. Oktober 2008 (Jumaat) yang lalu, Sekolah Kebangsaan Seri Mega telah berjaya mengadakan aktiviti Perkhemahan Perdana 2008. Aktiviti tersebut telah dijalankan di Asli Adventure Resort, Pangsun, Ulu Langat. Aktiviti itu telah berjalan selama 3 hari 2 malam. Seramai 46 orang murid SK Seri Mega telah mendaftar diri pada hari pendaftaran. Mereka bertolak ke Asli Adventure pada jam 3.00 petang Jumaat. Ketika berada di sana mereka telah didedahkan kepada aktiviti Ice Breaking, Teknik Membina Gadjet, Merentas Hutan, Pertandingan Memasak, Berakit, Merentas Kolam, Repealling, serta Pertandingan Kawat Kaki. Rata-ratanya para peserta aktiviti kali ini amat bersemangat dan teruja untuk mengikuti setiap aktiviti yang telah direncakan buat mereka. Walaupun pihak sekolah kekurungan peruntukan kerana kurangnya sumbangan daripada pihak luar bagi menampung kekurangan perbelanjaan aktiviti perkhemahan pada kali ini, ia dapat dijalankan dengan baik. Diharapkan agar pada tahun-tahun yang akan datang lebih banyak pihak luar tampil memberikan sumbangan mereka bagi menjayakan lagi aktiviti-aktiviti komuniti yang dianjurkan oleh pihak SK Seri Mega. Aktiviti Perkhemahan Perdana 2008 pada kali ini telah berjaya ditamatkan pada petang Ahad yang lalu. Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan kerana semuanya telah selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah turut serta pada aktiviti Perkhemahan Perdana 2008 pada tahun ini. Di sini juga pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang perseorangan serta syarikat-syarikat yang sudi menyumbangkan sumber kewangan bagi menjayakan aktiviti perkhemahan pada kali ini. Dengan adanya sumbangan daripada tuan/puan dapatlah pihak sekolah merancang dan menjalankan aktiviti perkhemahan yang lebih menarik lagi pada tahun hadapan. Insyaallah.

No comments:

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia