Friday, November 14, 2008

MAJLIS MINI ANUGERAH CEMERLANG 2008

Pada hari ini, 14hb. November 2008 (Jumaat) Sekolah Kebangsaan Seri Mega telah menjalankan Mini Anugerah Cemerlang 2008. Majlis ini diadakan di tapak perhimpunan pagi SK Seri Mega, Kuala Lumpur. Majlis yang dijalankan pada awal pagi ini bertujuan bagi mengenang jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh para pemimpin pelajar kepada sekolah dalam bidang masing-masing. Antara pemimpin pelajar yanng terlibat dalam majlis ini adalah terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS), Pengawas Skim Bantuan Buku Teks (SPBT), Pembaca Doa Perhimpunan, serta pemenang bagi pertandingan membaca yang dipanggil Pogram NILAM. Majlis ini telah disempurnakan oleh Guru Besar, SK Seri Mega iaitu Pn. Pok Mee Chin. Majlis tersebut telah diakhiri dengan sebuah tarian campuran dengan diiringi oleh muzik latar Cuti-cuti Malaysia. Tarian yang menggabungkan tarian tradisi Melayu, Cina dan India telah dipersembahkan dengan penuh warna-warni. Ia dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 6. Ia juga sebagai kenangan mereka sebelum mereka menjejakkan kaki di alam sekolah menengah nanti. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka semua.

No comments:

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia