Tuesday, November 11, 2008

NAIK TARAF INFRASTRUKTUR SEKOLAH

Sepanjang minggu terakhir persekolahan, Sekolah Kebangsaan Seri Mega sedang dalam proses menaik taraf prasarana di persekolahan ini. Peruntukan yang diperoleh bagi menjayakan projek ini adalah daripada pihak Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (JPWPKL). Kerja-kerja menaik taraf sedang giat dijalankan oleh pihak kontraktor yang dilantik. Projek ini akan menaik taraf kantin sekolah terutamanya tempat makan guru-guru, dapur, kaunter jualan serta lantai tempat makan bagi para murid SK Seri Mega. Termasuk dalam projek ini juga adalah pengunjuran bumbung bagi stor sukan. Ia dibuat bagi mengelakkan tempias air hujan daripada memasuki seterusnya membasahi peralatan sukan lalu merosakkannya. Pihak kontraktor juga sedang melebarkan kaki lima dibahagian luar tembok sekolah yang sebelum ini agak sempit. Oleh yang demikian, semua murid tidak dibenarkan menggunakan pintu pagar kecil disebelah tempat pembuangan sampah atau Pintu 2. Buat sementara waktu, kawasan tersebut adalah dilarang sama sekali. Diharapkan agar semua ibu, bapa atau penjaga berhati-hati ketika menurunkan atau mengambil anak-anak tuan puan. Ini adalah oleh kerana kawasan yang telah disebutkan di atas adalah amat berbahaya. Sekian, harap maklum.

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia