Saturday, May 17, 2008

SAMBUTAN HARI GURU 2008

Pada tanggal 16hb. Mei 2008, Sekolah Kebangsaan Seri Mega telah menyambut Hari Guru buat kesekian kalinya. Sambutan ini dimulai dengan bacaan doa, diikuti dengan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, disusuli dengan ucapan daripada wakil murid, serta diakhiri dengan ucapan daripada Pn. Rohana Binti Abd. Kadir (GPK Kurikulum & Tadbiran). Acara diteruskan lagi dengan persembahan daripada murid. Mereka telah mempersembahkan coral speaking, alunan nasyid dan paluan kompang. Guru-guru juga tidak melepaskan peluang untuk memperlihatkan bakat mereka dengan mengambil bahagian dalam pendeklamasian puisi. Ia disampaikan oleh Cikgu Sardi dan Cikgu Abdul Rahman (duet) dan Ustazah Rosmani. Selepas selesai acara tersebut, semua guru telah menyanyikan lagu tema Hari Guru 2008 diikuti dengan lagu Guru Malaysia. Habis sudah acara perasmian, acara disambung pula dengan sesi permainan oleh guru-guru. Acara yang dipertandingkan adalah seperti membaling dan menyambut plastik berisi air, melontar telur yang paling banyak, membina kapal terbang kertas yang paling jauh dan paling lama di udara. Semua guru yang menyertai permaian tersebut berasa amat gembira dan teruja melakukannya. Pemenang bagi acara membaling dan melontar plastik berisi air telah dimenangi oleh guru-guru dari rumah merah, manakala pemenang bagi acara melontar telur pula dimenangi oleh guru-guru dari rumah kuning. Bagi acara perseorangan pula, iaitu acara membina dan menerbangkan kapal terbang kertas yang paling jauh dirangkuli oleh Cikgu Syaiful Bahari (Pertama), Cikgu Abdul Rahman (Kedua), dan CikguMohd. Fadzli (Ketiga). Manakala bagi acara membina kapal terbang kertas paling lama di udara pula dimenangi oleh Cikgu Mohd. Fadzli (Pertama), Cikgu Pn. Bala (Kedua), Cikgu Syaiful Bahari (Ketiga). Selepas tamat semua acara tadi guru-guru dijemput menjamu selera di kantin sekolah. Jamuan tersebut ditaja sepenuhnya oleh pengusaha kantin sendiri. Terima kasih diucapkan kerana sudi menaja jamuan Hari Guru 2008 pada kali ini. Tidak dilupakan juga kepada Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) kerana sudi menyumbangkan sebiji kek sempena sambutan Hari Guru 2008 ini. Acara penutup pada hari tersebut adalah acara penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disempurnakan oleh Pn. Rohana (GPK Tadbiran & Kurikulum). SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU SK SERI MEGA.

1 comment:

Anonymous said...

saya sangat berbangga dengan pencapaian sekolah kebangsaan seri mega. saya sebagai bekas pelajar sekolah kebangsaan seri mega dari darjah 3 tanjung,4 tanjung, 5 tanjung, dan 6 dahlia,saya pun dah tak ingat sebab dah lama. saya ada terlihat gambar cikgu sardi,tapi dah lama. mungkin wajah cikgu dah nampak berumur,tapi saya masih boleh cam wajah cikgu yang garang itu. hihihihihihihihi =) puan norizan dah jadi penolong kanan ko-kurikulum,tahniah. saya sekarang seorang pelajar tingkatan 6 atas di sebuah sekolah menengah di bandar tasik kesuma dan sedang menduduki peperiksaan STPM. cikgu ho masih ada di sana lagi ke? saya rindu pada cikgu => walaubagaimanapun,syabas pada sekolah kebangsaan seri mega....

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia