Wednesday, April 23, 2008

Ustaz Abdul Karim Dinaikkan Pangkat

Pada 16hb. April 2008 yang lalu, sekolah digemparkan dengan perpindahan seorang guru yang berpengalaman luas dalam bidang agama Islam. Beliau ialah Ustaz Abdul Karim Bin Abdul Ghafar. Beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Guru Penolong Kanan Tadbiran & Kurikulum (GPK 1) di SK Petaling 1. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini kurang lebih 15 tahun lamanya. Banyak bakti yang telah dicurahkannya pada sekolah ini. Antaranya, beliau telah beberapa kali menjawat jawatan Ketua Panitia Agama Islam, menguruskan Biasiswa Baitulmal, terlibat dalam Pertandingan Catur sehingga berjaya mendapat nama di peringkat Zon Bangsar serta banyak membantu dalam pengurusan bilik Kemahiran Hidup, perpustakaan, surau, dan aktiviti-aktiviti Panitia Agama Islam serta sekolah amnya. Pihak sekolah mengucapkan Selamat Berjaya dalam menjalankan tugas baru, jawatan baru dan sekolah baru. Jasamu akan sentiasa dikenang oleh kami warga SK Seri Mega. TAHNIAH USTAZ ABDUL KARIM BIN ABDUL GHAFAR

1 comment:

Anonymous said...

..........seorang guru yang berpengalaman luas dalam bidang agama Islam. Beliau ialah Ustaz Abdul Karim Bin Abdul Ghafar............

ni aku nak betolkan sikit statement ni wahai editor, srikandi sksm...

lu ada salah tulis ka dekat sini??

baik lu cek betol2....ini olang lu talak kenal btui2 punya..jgn lu suka2 tulis...tgk dia punya perot sudah tw kuat makan duit punya olang...haha.....

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia