Tuesday, March 18, 2008

Cikgu Russita Binti Hashim Dalam Kenangan


Pada tanggal 16hb. Mac 2008 (Ahad), Sekolah Kebangsaan Seri Mega telah kehilangan sebutir bintang yang bersinar di angkasa mega. Beliau ialah Cikgu Russita, yang telah berkhidmat di SK Seri Mega sejak 18 tahun yang lalu. Beliau telah pulang ke rahmatullah kurang lebih jam 9.00 pagi ini. Beliau telah disahkan oleh doktor yang merawatnya dengan penyakit jantung. Beliau telah banyak mencurahkan bakti, keringat, tenaga, idea, wang ringgit serta ilmu yang berguna untuk kesejahteraan warga Seri Mega umumnya, dan anak didiknya khususnya sehingga ada yang telah berjaya dalam hidup mereka kini. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. Amin.

1 comment:

GentleGiant said...

Terima Kasih Pn.Russita kerana berusaha mendidik kita menjadi insan yang berguna.Beliau suka menggunakan kata-kata hikmat untuk menceriakan suasana apabila mengajar kita.Walaupun Beliau tiada di sisi kita lagi,segala pengajaran dan jasa baik yang dicurahkan oleh Beliau akan sentiasa kami ingati..

-kevin..6K(2002)

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia