Saturday, November 15, 2008

KEPUTUSAN UPSR 2008

Pada hari Khamis (13hb. November 2008) yang lalu Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan bahawa keputusan UPSR 2008 telah dikeluarkan. Semua murid yang telah menduduki peperiksaan tersebut boleh mendapatkan keputusannya di SK Seri Mega. Masa yang ditetapkan adalah pada jam 10.00 pagi di Dewan Bakti, SK Seri Mega. Bagi tahun 2008, Sekolah Kebangsaan Seri Mega telah memperoleh 22 orang calon yang mendapat 5A dan 5 orang calon yang mendapat 4A dan selebihnya mendapat keputusan yang memberangsangkan. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Kepada mereka yang tidak berjaya pula janganlah berputus asa kerana perjalanan pelajaran anda baru bermula. Masih ada waktu untuk memperbaiki prestasi anda dalam PMR atau SPM nanti. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk kesejahteraan anda dan keluarga anda.

Friday, November 14, 2008

CUTI AKHIR TAHUN

Bermula pada 15hb. November 2008, Sekolah Kebangsaan Seri Mega akan mula bercuti selama lebih sebulan. Ini merupakan cuti akhir tahun bagi sesi persekolahan 2008. Sekolah akan dibuka semua pada 5hb. Januari 2009. Sekian, harap maklum.

MAJLIS MINI ANUGERAH CEMERLANG 2008

Pada hari ini, 14hb. November 2008 (Jumaat) Sekolah Kebangsaan Seri Mega telah menjalankan Mini Anugerah Cemerlang 2008. Majlis ini diadakan di tapak perhimpunan pagi SK Seri Mega, Kuala Lumpur. Majlis yang dijalankan pada awal pagi ini bertujuan bagi mengenang jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh para pemimpin pelajar kepada sekolah dalam bidang masing-masing. Antara pemimpin pelajar yanng terlibat dalam majlis ini adalah terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS), Pengawas Skim Bantuan Buku Teks (SPBT), Pembaca Doa Perhimpunan, serta pemenang bagi pertandingan membaca yang dipanggil Pogram NILAM. Majlis ini telah disempurnakan oleh Guru Besar, SK Seri Mega iaitu Pn. Pok Mee Chin. Majlis tersebut telah diakhiri dengan sebuah tarian campuran dengan diiringi oleh muzik latar Cuti-cuti Malaysia. Tarian yang menggabungkan tarian tradisi Melayu, Cina dan India telah dipersembahkan dengan penuh warna-warni. Ia dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 6. Ia juga sebagai kenangan mereka sebelum mereka menjejakkan kaki di alam sekolah menengah nanti. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka semua.

Tuesday, November 11, 2008

NAIK TARAF INFRASTRUKTUR SEKOLAH

Sepanjang minggu terakhir persekolahan, Sekolah Kebangsaan Seri Mega sedang dalam proses menaik taraf prasarana di persekolahan ini. Peruntukan yang diperoleh bagi menjayakan projek ini adalah daripada pihak Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (JPWPKL). Kerja-kerja menaik taraf sedang giat dijalankan oleh pihak kontraktor yang dilantik. Projek ini akan menaik taraf kantin sekolah terutamanya tempat makan guru-guru, dapur, kaunter jualan serta lantai tempat makan bagi para murid SK Seri Mega. Termasuk dalam projek ini juga adalah pengunjuran bumbung bagi stor sukan. Ia dibuat bagi mengelakkan tempias air hujan daripada memasuki seterusnya membasahi peralatan sukan lalu merosakkannya. Pihak kontraktor juga sedang melebarkan kaki lima dibahagian luar tembok sekolah yang sebelum ini agak sempit. Oleh yang demikian, semua murid tidak dibenarkan menggunakan pintu pagar kecil disebelah tempat pembuangan sampah atau Pintu 2. Buat sementara waktu, kawasan tersebut adalah dilarang sama sekali. Diharapkan agar semua ibu, bapa atau penjaga berhati-hati ketika menurunkan atau mengambil anak-anak tuan puan. Ini adalah oleh kerana kawasan yang telah disebutkan di atas adalah amat berbahaya. Sekian, harap maklum.

Monday, November 3, 2008

PEPERIKSAAN PKSR 2 ( 2008 )

Pada 4hb. November 2008 (Selasa) Sekolah Kebangsaan Seri Mega akan menjalankan Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah 2 (PKSR 2) 2008. Peperiksaan ini akan dijalankan serentak di seluruh negeri Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Ini disebabkan oleh penyedia kertas soalan PKSR 2 ini telah disediakan oleh pihak Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP) sendiri. Ini bagi menyelaraskan semua peperiksaan secara berpusat. Diharapkan agar semua murid bersedia untuk menghadapinya. Juga kepada ibu bapa atau penjaga warga SK Seri Mega agar memberi bimbingan dan peringatan kepada anak-anak untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun pada kali ini. sekian, harap maklum.

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia