Monday, March 31, 2008

Skim Hadiah Galakan Sekolah-Sekolah Malaysia

Tidak berapa lama dahulu, Sek. Keb. Seri Mega telah menyertai Pertandingan Skim Galakan Sekolah-Sekolah Malaysia yang telah dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji sebagai sekolah yang mempunyai penyimpan terbanyak di dalam Lembaga Tabung Haji 2007. Dan baru-baru ini pihak sekolah telah diberitahu bahawa kita telah memenangi Tempat Pertama dalam pertandingan tersebut dalam kategori Sekolah Rendah Zon Tengah. Pihak Lembaga Tabung Haji telah menyampaikan cek berjumlah RM5000 kepada pihak sekolah sebagai hadiah.

"TAHNIAH""TAHNIAH""TAHNIAH""TAHNIAH""TAHNIAH"

English Week - Prize Giving Ceremony


English Week in Sek. Keb. Seri Mega was held from 24th March to 28th March 2008. Various competitions were held like Public Speaking Competition, Story Telling Competition, Rhyme/Poem Recitation Competition and Spelling Bee. Prizes were given out to all the winners by Mr. Sarjit Singh our headmaster.



"CONGRATULATIONS TO THE WINNERS"

Saturday, March 29, 2008

Majlis Maulidur Rasul SK Seri Mega 2008

Sempena menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. SK Seri Mega telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul 2008 pada 29hb. Mac 2008. Acara pertama yang dijalankan adalah perarakan mengelilingi kawasan sekolah sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Setelah selesai berselawat, murid-murid berkumpul di dalam Dewan Bakti untuk sesi ceramah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Diikuti pula oleh bacaan kitab suci Al-Quran. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan persembahan nasyid oleh murid-murid Tahap 1 dan 2.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Norizan Binti Ahmad merangkap GPK Ko-Kurikulum SK Seri Mega. Majlis disudahi dengan ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan. Selesai sahaja majlis tersebut para tetamu, guru-guru serta murid-murid dijemput ke kantin untuk menjamu selera. Sejurus selepas waktu rehat murid-murid serta guru-guru menyertai pertandingan penulisan khat di Dewan Bakti, SK Seri Mega. Semasa murid Islam menyambut Maulidur Rasul murid-murid bukan Islam pula menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah diatur oleh guru-guru Panitia Pendidikan Moral.

"SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 2008"

Monday, March 24, 2008

English Week

English Week is held from 24 March 2008 to 28 March 2008. Many activities and competitions are being conducted throughout the English Week like :
  • Year 1 - Rhyme recitations Competition
  • Year 2 - Spelling Bee
  • Year 3 - Story Telling Competition and Poem Recitation
  • Year 4 - Story Telling Competition
  • Year 5 - Story Telling Competition
  • Year 6 - Public Speaking Competition

Prize will be given to the first 3 winners of each class. Prizes will be given out on 31 March 2008 during the assembly which is also the Prize Giving Ceremony. The aim of having an English Week is to encourage students to speak English, participate in the activities and competitions and to show their talents in the various fields like story telling and speaking in public. These activities can raise the level of proficiency of English among students in the school.

Saturday, March 22, 2008

Perlantikan AJK PIBG SK Seri Mega 2008

Mesyuarat Agong PIBG 2007 selesai sudah. AJK PIBG 2007 juga telah dibubarkan setelah sepenggal menjalankan amanah yang diberikan kepada mereka. Maka tibalah pula lantikan AJK PIBG 2008 memikul tanggungjawab yang ditinggalkan. Mereka terdiri daripada :
  • YDP : Pn. Saba'ah
  • NYDP : Pn. Kareen Yee
  • Setiausaha : Pn. Fatimatul Zaharah
  • Naib Setiausaha : En. Mohd. Haizam
  • Bendahari : Pn. Tiong
  • AJK Ibu Bapa : En. Micheal Eng, Dr. Jega, En. Tarsha Singh, Pn. Shuridah
  • AJK Guru : En. Sardi, En. Nazri, Pn. Azlina, Pn. Tay, Pn. Bala
  • Juruaudit Dalam : En. Gan Kien Fatt
  • Juruaudit Luar : Pn. Chong

Majlis Perlantikan Pengawas, Pengawas PSS, Pengawas SPBT, Ketua dan Penolong Ketua Darjah 2008


Majlis ini telah selamat dijalankan pada 28hb. Mac 2008. Ia telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Besar SK Seri Mega. Mereka telah dipilih dan ditapis oleh para guru disiplin sekolah dan telah menjalani proses percubaan pada dua bulan yang lepas. Pemimpin yang telah dilantik akan menggalas tanggungjawab sebagai pembantu kepada guru untuk mengawal disiplin para murid SK Seri Mega. Diharapkan agar mereka dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan jayanya.

Tahniah diucapkan kepada mereka!!!!!!!!!!

Friday, March 21, 2008

Mesyuarat Agong PIBG SKSM Ke-26

Ibu, bapa dan penjaga kepada warga SK Seri Mega serta guru-guru dijemput hadir ke Mesyuarat Agong PIBG SK Seri Mega kali ke-26 yang akan diadakan pada waktu berikut :
Tarikh : 22hb. Mac 2008
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Bakti, SK Seri Mega
Kehadiran tuan puan amatlah diharapkan. Sekian, harap maklum.

Tuesday, March 18, 2008

Cikgu Russita Binti Hashim Dalam Kenangan


Pada tanggal 16hb. Mac 2008 (Ahad), Sekolah Kebangsaan Seri Mega telah kehilangan sebutir bintang yang bersinar di angkasa mega. Beliau ialah Cikgu Russita, yang telah berkhidmat di SK Seri Mega sejak 18 tahun yang lalu. Beliau telah pulang ke rahmatullah kurang lebih jam 9.00 pagi ini. Beliau telah disahkan oleh doktor yang merawatnya dengan penyakit jantung. Beliau telah banyak mencurahkan bakti, keringat, tenaga, idea, wang ringgit serta ilmu yang berguna untuk kesejahteraan warga Seri Mega umumnya, dan anak didiknya khususnya sehingga ada yang telah berjaya dalam hidup mereka kini. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. Amin.

Thursday, March 6, 2008

Cuti Berganti Sempena Pilihanraya Umum Ke-12

Kepada seluruh ibu bapa kepada murid SK Seri Mega, dimaklumkan bahawa SK Seri Mega akan bercuti selama sehari iaitu pada 7hb. Mac 2008 bersamaan hari Jumaat. SK Seri Mega telah terpilih sebagai salah satu pusat membuang undi bagi Parlimen Seputeh (P122). Ini disebabkan oleh pihak sekolah ingin memberi laluan kepada petugas-petugas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membersih dan menyusun atur perabot yang akan digunakan pada Pilihanraya Umum Ke-12 nanti. Harap maklum.

Sunday, March 2, 2008

UJIAN BULANAN

Ujian bulanan kali yang pertama akan diadakan pada hari Isnin (3/3/08). Sila dapatkan jadual waktu dengan pihak sekolah. Terima kasih.

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia