Friday, August 21, 2009

Kehilangan Warga Seri Mega Yang Dihormati

Pada pagi Khamis, seluruh warga Seri Mega terkejut dan tergamam apabila mendengar khabar yang mengatakan Cik Navamani (GPK Tadbiran & Kurikulum) telah meninggal dunia. Beliau meninggal dunia pada awal pagi Khamis (20.8.09). Antara guru-guru yang menziarahi beliau termasuk Guru Besar, Pn. Norizan Bt Hj Ahmad (GPK KOKO), Pn Low, En. Prakash, En. Nazri, Cik Roslin, Pn. Seri Idayu, Cik Nalina, Pn. Bala, Pn. Rosmani, En. Azman dan lain-lain guru. Kami warga Seri Mega mengucapkan takziah di atas pemergian beliau. Sememangnya kami berasa amat kehilangan kerana beliau adalah seorang yang sangat berdedikasi dan komitmen serta amat dikagumi.

No comments:

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia