Sunday, November 1, 2009
Minggu Peperiksaan.
26-30 Oktober 2009, minggu PKSR 2 untuk semua murid SK Seri Mega...Selamat menjawab! Good Luck!
Tuesday, October 27, 2009
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK Seri Mega
23 Oktober yang lalu, SK Seri Mega telah mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak, seperti tahun sebelum ini, murid-murid mengadakan persembahan yang menghiburkan. Tahniah kepada guru-guru yang terlibat kerana melatih murid-murid mereka sehingga dapat mempersembahkan yang terbaik. SK Yuk Nam telah dijemput untuk membuat persembahan pada majlis tersebut. Menariknya persembahan dari pelbagai daripada murid-muris SKSM bercorakkan pelbagai kebudayaan. Warna warni hasil kreativiti guru-guru menambahkan lagi kemeriahan pentas persembahan. Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis tersebut.
Tuesday, October 6, 2009
Jamuan Hari Raya SK Seri Mega
Saturday, September 19, 2009
Majlis Berbuka Puasa 2009
Pada malam Rabu (16hb. September 2009) yang lalu, Sekolah Kebangsaan Seri Mega telah mengadakan majlis berbuka puasa untuk kakitangan sekolah. Majlis yang bermula pada jam 6.30 petang itu telah dijayakan oleh guru-guru dan staf sokongan yang beragama Islam. Menu pada malam itu telah disediakan oleh pihak kantin sekolah. Semua kakitangan yang hadir tutur membawa pasangan serta ahli keluarga masing-masing. Suasana pada malam itu sungguh meriah. Majlis dimulakan dengan kedatangan pada hadirin, diikuti pula dengan acara berbuka puasa. Selepas daripada itu, pada hadirin telah menunaikan solat magrib secara berjemaah di surau SK Seri Mega. Solat tersebut telah diimami oleh Ustaz Mohd. Zuhdi. Diharapkan majlis seumpama ini dapat diamalkan setiap tahun apabila tiba bulan Ramadhan yang mulia. Insyallah.
Cuti Khas Institusi Pendidikan Malaysia Sempena Hari Raya Aidilfitri 2009
1. Kabinet yang bermesyuarat pada hari ini, 16 September 2009, telah bersetuju untuk memberi Cuti Khas kepada semua Sekolah dan Institusi Pendidikan di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari Jumaat, 18 September 2009, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang dijangka akan disambut pada hari Ahad 20 September atau hari Isnin 21 September 2009.
2. Keputusan ini diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.
3. Dengan keputusan Kabinet ini maka semua arahan Kementerian Pelajaran berkaitan Cuti Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H sebelum ini adalah terbatal.YAB Menteri Pelajaran MalaysiaPutrajaya, 16 September 2009.
Dipetik daripada Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tuesday, September 15, 2009
Cuti Peristiwa Hari Raya Aidilfitri 1430H
Kepada semua warga SK Seri Mega,
Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, pihak sekolah telah memohon cuti peristiwa pada 18hb. September 2009 (Jumaat). Ia bertujuan memberi peluang kepada warga SKSM yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 20hb. @ 21hb. September 2009 pulang awal ke kampung masing-masing. Ini dapat mengelakkan mereka daripada terlibat dalam kesesakan lalu-lintas semasa pulang beraya di kampung masing-masing. Semoga anda semua selamat pergi dan pulang.
Untuk makluman semua, Sekolah Kebangsaan Seri Mega akan bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri 2009 bermula dari 18hb. September 2009 sehingga 27hb. September 2009. Sesi persekolah akan dibuka semula pada 28hb. September 2009 (Isnin).
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI &
MAAF ZAHIR BATIN

Fadhilat Solat Tarawih 6
Malam 26
Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.
Malam 27
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam 28
Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Malam 29
Allah SWT akan mengurnikan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Malam 30
Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam yang terakhir dengan firman-Nya ; Wahai hambaku! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabilah serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kautsar.
Dipetik daripada laman blog Cikgu Fadzli
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA 1430H

Friday, September 11, 2009
Fadhilat Solat Tarawih 5
Malam 21
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Malam 22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Malam 23
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Malam 24
Allah SWT akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.
Malam 25
Allah SWT akan mengangkat seksa kubur darinya.

Saturday, September 5, 2009
Fadhilat Solat Tarawih 4
Malam 16
Allah SWT menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam 17
Allah SWT menulis baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18
Malaikat menyeru : Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah reda denganmu atau dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia).
Malam 19
Allah SWT akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang dalam syurga yang diperbuat daripada cahaya.

Wednesday, September 2, 2009
Permohonan eG-Tukar 2009
Pada 1hb. September 2009, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan pekeliling permohonan pertukaran guru secara online. Permohonan ini dibuka dari 1hb. September 2009 hingga 30hb. September 2009. Kepada mana-mana guru di Malaysia yang ingin memohon pertukaran tersebut anda boleh melayari laman web KPM di http://www.moe.gov.my/ atau http://apps.emoe.gov.my/epgo/. Untuk makluman semua, permohonan ini adalah untuk pertukaran guru antara negeri sahaja. Bagi pertukaran dalam daerah atau antara daerah sila hubungi JPN atau PPD masing-masing. Sekian, harap maklum.
Sumber dari Kementerian Pelajaran Malayisa (KPM)
Sumber dari Kementerian Pelajaran Malayisa (KPM)
Fadhilat Solat Tarawih 3
Malam 11
Meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Malam 12
Akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Malam 13
Akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Malam 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.
Malam 15
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Friday, August 28, 2009
Fadhilat Solat Tarawih 2
Malam 6
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala para malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap satu batu dan tanah berdoa untuk keampunan oarang-orang yang mengerjakan tarawih pada malam itu.
Malam 7
Seolah-olah mereka dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S. serta menolong baginda menentang musuhnya Firaun dan Hamman.
Malam 8
Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
Malam 9
Allah SWT mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10
Allah SWT mengurniakan kepada mereka kebaikan dunia dan akhirat.

Tuesday, August 25, 2009
Fadhilat Solat Tarawih
Malam 1
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
Malam 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat tarawih serta dosa-dosa kedua ibu bapanya.
Malam 3
Para malaikat di bawah Arasy' menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Malam 4
Orang-orang yang mengerjakan solat tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
Dipetik daripada blog Cikgu Fadzli Mansor

Friday, August 21, 2009
Cuti Sekolah Pertengahan Kedua & Bulan Ramadhan
Perhatian kepada semua warga SK Seri Mega, adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan mula bercuti selama 1 minggu bermula dari 22hb. Ogos 2009 sehingga 31hb. Ogos 2009. Sekolah akan mula dibuka pada 1hb. September 2009 (Selasa).
Bagi warga SK Seri Mega yang beragama Islam pula, pihak sekolah mengucapkan Selamat Berpuasa kerana pada 22hb. Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan umat Islam akan mula berpuasa. Manfaatkanlah bulan yang berkat ini sebaikya.

Kehilangan Warga Seri Mega Yang Dihormati
Pada pagi Khamis, seluruh warga Seri Mega terkejut dan tergamam apabila mendengar khabar yang mengatakan Cik Navamani (GPK Tadbiran & Kurikulum) telah meninggal dunia. Beliau meninggal dunia pada awal pagi Khamis (20.8.09). Antara guru-guru yang menziarahi beliau termasuk Guru Besar, Pn. Norizan Bt Hj Ahmad (GPK KOKO), Pn Low, En. Prakash, En. Nazri, Cik Roslin, Pn. Seri Idayu, Cik Nalina, Pn. Bala, Pn. Rosmani, En. Azman dan lain-lain guru. Kami warga Seri Mega mengucapkan takziah di atas pemergian beliau. Sememangnya kami berasa amat kehilangan kerana beliau adalah seorang yang sangat berdedikasi dan komitmen serta amat dikagumi.
Wednesday, July 15, 2009
PENYERAHAN SUMBANGAN BAJU UNIT BERUNIFORM
13 Julai 2009, satu majlis penyerahan sumbangan baju unit beruniform kepada ahli-ahli Unit Beruniform SK Seri Mega, telah disempurnakan oleh Guru Besar Pn.Pok Mee Chin dan GPK Ko-Kurikulum Pn.Norizan Bt.Hj.Ahmad. Sumbangan tersebut diberikan kepada murid-murid yang layak mendapat bantuan pakaian Unit Beruniform. Unit beruniform yang terlibat ialah Pengakap, PBSM, Puteri Islam, dan Pandu Puteri Tunas.
Sunday, June 7, 2009
Percutian Di Pulau Kapas
Cikgu-cikgu SK Seri Mega telah mengadakan rombongan ke Pulau Kapas, Kuala Terengganu. Rombongan ini diketuai oleh Cikgu Azman selaku Pengerusi Badan Kebajikan Guru SK Seri Mega. Guru-guru yang mengikuti rombongan ini adalah Cikgu Abdul Rahman, Cikgu Fakri, Cikgu Nazri, Cikgu Sardi, Cikgu Arbaiah, Cikgu Aznizah, Cikgu Julia, Cikgu Idayu, Cikgu Rohana dan Cikgu Abdul Razak serta ahli keluarga masing-masing.
Banyak aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan antaranya adalah seperti mandi-manda di pantai yang putih bersih, snorkling, mencandat sotong, memancing, membina istana pasir serta aktiviti barbeku. Bagi mereka yang tidak dapat mengikuti kami, ini adalah secebis foto buat tatapan semua.
Saturday, May 23, 2009
Latihan Dalam Perkhidmatan
Pada hari ini, 23hb. Mei 2009 (Sabtu), Sekolah Kebangsaan Seri Mega telah mengadakan kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kepada semua guru SK Seri Mega. Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Meon bin Hasan (GPK HEM SK Seri Mega) sebagai fasilitatornya. Beliau telah menyampaikan kursus LDP pada kali ini dengan membawa tajuk
"Protokol Dan Etiket Membangun Sahsiah Cemerlang".
Kursus LDP ini telah dimulakan pada jam 7.30 pagi dan dijangka tamat pada jam 4.00 petang. Ia dirasmikan oleh Pn. Pok Mee Chin (Guru Besar SK Seri Mega). Kursus ini telah dijalankan di Makmal Komputer, SK Seri Mega.
Friday, April 17, 2009
Minggu Sains dan Matematik
6-10hb April merupakan Minggu Sains dan Matematik telah diadakan, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh guru-guru dan melibatkan murid-murid dari kedua-dua tahap. Penyertaan daripada murid-murid amat menggalakkan. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada hari jumaat. Tahniah kepada mereka yang berjaya. Pada keesokkan harinya, beberapa murid tahap 2 mengikuti lawatan sambil belaja ke Zoo Negara.
Majlis Sayangi Rasul
Ujian Bulanan March
Selepas cuti pertengahan semester, murid-murid SK Seri Mega menghadapi ujian bulanan yang pertama...Selamat Menghadapi ujian!!
Friday, March 20, 2009
Monday, March 16, 2009
Sunday, March 15, 2009
TUNGGAK RUMAH HIJAU...TAHNIAH!
Keputusan Mutakhir Temasya Sukan SK Seri Mega kali ke 24
10 Mac 2009, setelah tertangguhnya acara penutupan Temasya Sukan SKSM yang ke 24 pada 7 Mac lalu, disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan. Syukur kepadaNya, pada hari ini segala teka teki siapakah juara rumah sukan tahun ini telah terjawab. Sudah terang lagi bersuluh, demikian pengumuman Pn.Rosmani Hussin selaku juru acara pada hari tersebut, mengumumkan Rumah Hijau menjadi juara Rumah sukan pada temasya sukan kali ini, diikuti oleh rumah Kuning, Biru dan Merah. Tahniah diucapkan kepada pasukan rumah Hijau di atas kemenangan mereka. Apa yang menariknya pada tahun ini pencapaian drastik dan membanggakan pasukan rumah Kuning menduduki tempat kedua adalah tidak disangka-sangka, memandangkan prestasi mereka pada tahun-tahun sebelum ini tidak memberangsangkan. Bagaimanapun pada tahun ini Pasukan Kuning Putra telah membuktikan mereka juga boleh dan mereka juga telah menjuarai pertandingan perbarisan. Tahniah sekali lagi, kepada semua rumah sukan , tahun hadapan gelanggang masih terhidang, padang masih terbentang, selut dan lumpur pasti menanti...Persiapkan jentera rumah sukan masing-masing untuk terus berjuang!! SK Seri Mega Boleh!!!
Saturday, March 7, 2009
TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKSM 2009
Sabtu (7hb. Mac 2009) - Pada hari ini SK Seri Mega telah mengadakan temasya sukan tahunan dengan jayanya. Temasya sukan pada kali ini telah dirasmikan oleh oleh Pn. Sabaah selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK seri Mega.
Temasya yang dimulakan pada jam 8.00 pagi ini telah dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen kejohanan. Ia diikuti oleh bacaan ikrar oleh adik Ameer dari rumah biru. Selepas itu sesi ucapan perasmian pula mengambil tempat.
Sejurus kemudian barulah acara Sukan Tahunan SK Seri Mega dimulai. Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga turut terlibat secara langsung dengan membuka gerai-gerai jualan bagi menambah tabung PIBG sekolah. Jumlah ibu bapayang turut hadir juga adalah begitu menggalakkan. Temasya kali ini tidak dapat ditamatkan sepenuhnya kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun ia akan dijalankan pada masa terdekat. Majulah sukan untu negara.
Friday, March 6, 2009
Temasya Sukan Tahunan SKSM kali ke 24 2009
Sukan merupakan acara tahunan sekolah, sepanjang minggu, guru-guru dan murid-murid SK Seri Mega sibuk menjalani latihan, pertamdingan dan raptai sukan, berbagai acara telah dipertandingkan untuk mencungkil bakat atlit-atlit kecil di peringkat sekolah. Hari ini 6 Mac 2009 telah diadakan majlis penyampaian hadiah untuk acara yang tekah di pertandingkan sepanjang minggu ini, iaitu acara Lompat Jauh (L/P) Tahap 1 & 2, Lontar Peluru(L/P) Tahap 1 & 2, Lompat Tinggi (L/P) Tahap 2. Tahniah kepada semua pemenang. Walaubagaimanapun perjuangan mereka belum berakhir kerana esok adalah acara kemuncak temasya sukan pada tahun ini untuk mencari Rumah Sukan manakah yang akan menjadi juara, dan menentukan siapakah Olahragawan dan Olahragawati SKSM 2009.
Saturday, January 24, 2009
HARI ANUGERAH CEMERLANG SK SERI MEGA 2008/2009
23 Januari 2009, SK Seri Mega telah mengadakan majlis Hari Anugerah Cemerlang, untuk meraikan kejayaan anak-anak murid SK Seri Mega yang cemerlang di dalam bidang akademik. Selain daripada penyampaian Hadiah kepada setiap pemenang kelas dari tahun satu sehingga tahun 6 sesi persekolahan tahun lepas. Majlis ini telah meraikan pelajar tahun enam 2007 dan 2008 yang mendapat 5A di dalam UPSR. Bagi Penerima Anugerah Khas Kokurikulum 2008, telah dianugerahkan kepada adik Mohd.Azri Bin Ramli dan adik Loo Yang Xian, Jade. Manakala kategori Tokoh Murid Lelaki dimenangi oleh adik Mohd.Amerul Akmal Bin Amer dan Tokoh Murid Perempuan dimenangi oleh adik Chuang Pei Ning.Tahniah diucapkan di atas kejayaan mereka!
Friday, January 9, 2009
MARI BOIKOT PRODUK ZIONIS-ISRAEL
Assalamualaikum. Pada penghujung tahun 2008 yang lalu dunia dikejutkan dengan serangan mengejut tentera Zionis terhadap penempatan rakyat Palestin di Tebing Gaza. Sebagai umat Islam yang prihatin dan sayang akan agama serta umat Islam, marilah kita semua memboikot barangan Zionis-Israel yang tidak berperikemanusiaan menghapuskan keturunan rakyat Palestin yang tidak berdaya. Untuk mengetahui produk-produk keluaran Zionis-Israel sila layari laman web ini http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html Kepada rakyat Malaysia yang bencikan keganasan dan peperangan marilah kita bersama-sama menghentikan atau setidak-tidaknya membenci akan keganasan serta peperangan yang sedang berlaku di Timur Tengah kini. Ini adalah selaras dengan usaha kerajaan Malaysia serta Kementerian Pelajaran sendiri yang yang membantah serta membenci akan keganasan yang digagaskan oleh Zionis-Israel. Wassalam.
(This article post by En.Fazli Bin Mansor)
Sunday, January 4, 2009
PEMBUKAAN SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MEGA akan mula dibuka untuk pengajaran dan pembelajaran secara rasminya pada hari Isnin (5hb. Januari 2009). Sesi persekolah pada tahun ini akan dimulakan pada jam 7.20 pagi hingga 1.00 tengahari. diharapkan agar semua ibu bapa dan penjaga harap maklum. Semoga pada tahun ini SK Seri Mega akan mencapai kegemilangan yang berterusan hendaknya.
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS
Subscribe to:
Posts (Atom)