Saturday, May 17, 2008

SAMBUTAN HARI GURU 2008

Pada tanggal 16hb. Mei 2008, Sekolah Kebangsaan Seri Mega telah menyambut Hari Guru buat kesekian kalinya. Sambutan ini dimulai dengan bacaan doa, diikuti dengan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, disusuli dengan ucapan daripada wakil murid, serta diakhiri dengan ucapan daripada Pn. Rohana Binti Abd. Kadir (GPK Kurikulum & Tadbiran). Acara diteruskan lagi dengan persembahan daripada murid. Mereka telah mempersembahkan coral speaking, alunan nasyid dan paluan kompang. Guru-guru juga tidak melepaskan peluang untuk memperlihatkan bakat mereka dengan mengambil bahagian dalam pendeklamasian puisi. Ia disampaikan oleh Cikgu Sardi dan Cikgu Abdul Rahman (duet) dan Ustazah Rosmani. Selepas selesai acara tersebut, semua guru telah menyanyikan lagu tema Hari Guru 2008 diikuti dengan lagu Guru Malaysia. Habis sudah acara perasmian, acara disambung pula dengan sesi permainan oleh guru-guru. Acara yang dipertandingkan adalah seperti membaling dan menyambut plastik berisi air, melontar telur yang paling banyak, membina kapal terbang kertas yang paling jauh dan paling lama di udara. Semua guru yang menyertai permaian tersebut berasa amat gembira dan teruja melakukannya. Pemenang bagi acara membaling dan melontar plastik berisi air telah dimenangi oleh guru-guru dari rumah merah, manakala pemenang bagi acara melontar telur pula dimenangi oleh guru-guru dari rumah kuning. Bagi acara perseorangan pula, iaitu acara membina dan menerbangkan kapal terbang kertas yang paling jauh dirangkuli oleh Cikgu Syaiful Bahari (Pertama), Cikgu Abdul Rahman (Kedua), dan CikguMohd. Fadzli (Ketiga). Manakala bagi acara membina kapal terbang kertas paling lama di udara pula dimenangi oleh Cikgu Mohd. Fadzli (Pertama), Cikgu Pn. Bala (Kedua), Cikgu Syaiful Bahari (Ketiga). Selepas tamat semua acara tadi guru-guru dijemput menjamu selera di kantin sekolah. Jamuan tersebut ditaja sepenuhnya oleh pengusaha kantin sendiri. Terima kasih diucapkan kerana sudi menaja jamuan Hari Guru 2008 pada kali ini. Tidak dilupakan juga kepada Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) kerana sudi menyumbangkan sebiji kek sempena sambutan Hari Guru 2008 ini. Acara penutup pada hari tersebut adalah acara penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disempurnakan oleh Pn. Rohana (GPK Tadbiran & Kurikulum). SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU SK SERI MEGA.

Monday, May 12, 2008

Hari Guru 2008 SK Seri Mega

Sempena menyambut Hari Guru pada 16hb. Mei 2008 ini, Sekolah Kebangsaan Seri Mega juga akan menyambutnya pada tarikh yang sama dengan peringkat kebangsaan. Pelbagai acara akan diadakan pada hari tersebut. Marilah bersama-sama kita meraikan sambutan Hari Guru SK Seri Mega ini dengan penuh gemilang. Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru SK Seri Mega yang telah banyak mencurahkan jasa dan bakti untuk anak didik mereka yang terbilang.

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia