Wednesday, May 12, 2010

CERAMAH KESIHATAN






10 Mei 2010, telah diadakan Ceramah Kesihatan yang dianjurkan oleh HEM SKSM dengan kerjasama Nestle. Disamping mempromsikan produk murid-murid disajikan dengan info kesihatan dan pemakan sihat daripada wakil Nestle. Dua slot ceramah telah diadakan masing-masing untuk tahap 1 dan 2. Selepas sesi ceramah murid-murid diberikan makanan produk Nestle iaitu susu dan Koko Krunch.

MINGGU BAHASA INGGERIS







10-14 Mei 2010, Minggu Bahasa Inggeris telah berlangsung selama seminggu. Pelbagai aktiviti telah diadakan oleh Panitia Bahasa Inggeris yang diketuai oleh Pn. Low Bien Eng bersama dengan ahlijawatankuasa yang terlibat. Semasa majlis pelancaran dan perasmian telah diadakan penyerahan Kamus kepada Guru Besar yang begitu simbolik melalui persembahan pentomen oleh murid-murid Tahap 1 yang begitu berbakat. Tahniah kepada Panitia Bahasa Inggeris kerana berjaya membuat persembahan yang menarik. Manakala aktiviti sepanjang minggu ialah kuiz yang melibatkan semua murid dari tahap 1 dan tahap 2 selepas perhimpunan pagi.

KEM BESTARI SOLAT 2

8 Mei 2010, Kem Bestari Solat 2 telah diadakan di Dewan Murni SKSM. Kem kedua ini hanya melibatkan murid-murid tahun 1,2 & 3. Antara aktiviti yang diadakan tayangan 'slide' cara berwuduk, mendirikan solat, bacaan di dalam solat dan latihan dalam kumpulan. Kem yang diadakan seawal 7.30 pagi berakhir 2.30 petang setelah selesai amali solat dan pertandingan mewarna dan menulis khat.

Minggu Bahasa Malaysia




3-7 April 2010, Minggu Bahasa Malaysia telah dilancarkan, pelbagai program telah diatur sepanjang minggu tersebut. Antaranya, pertandingan membaca, kuiz, syarahan, bercerita dan persembahan pentas setiap hari semasa perhimpunan seperti sketsa dan berbalas pantun. Tahniah kepada Panitia Bahasa Malaysia SKSM yang diketuai oleh Pn.Naimie Aji dan semua ahlijawatankuasa yang terlibat. Acara pelancaran Minggu Bahasa Malaysia yang dirasmikan oleh Pn.Pok Mee Chin, Guru Besar SKSM begitu menarik sekali dengan iringan alunan gamelan, bunga manggar dan persembahan silat oleh murid tahun 6. Semua aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua murid.

Gambar aktiviti sepanjang minggu tersebut boleh dilihat dan di kongsi di "facebook/SK SERI MEGA OUG KL"

Temasya Sukan SKSM kali Ke 25

24 April 2010, Temasya Sukan Tahunan SKSM yang ke 25 telah berlansung dengan jayanya. Seawal 7.30 pagi dataran perhimpunan meriah dengan warna warni 1 Malaysia, yang menjadi tema Pertandingan Perbarisan pada tahun ini. Guru-guru rumah sukan sibuk menata rias ahli perbarisan rumah sukan masing-masing. Merah, Biru, Hijau dan Kuning adalah empat buah rumah sukan yang akan berentap dalam 34 acara yang dipertandingkan pada hari tersebut termasuklah acara perbarisan. Majlis sukan ini telah dirasmikan oleh NYDP PIBG SKSM iaitu En.Micheal Eng. Sebaik saja temasya sukan dirasmikan acara pun bermula. Persaingan hebat diantara peserta rumah sukan telah menyaksikan Rumah Biru menjadi juara pada tahun ini, dikuti oleh rumah Hijau di tempat kedua, rumah kuning di tempat ketiga dan seterusnya rumah Merah . Manakala untuk acara perbarisan, rumah Kuning masih mengekalkan kejuaraan tahun lepas. Acara sukan pada tahun ini juga turut dimeriahkan dengan pertandingan sukaneka diantara guru dan ibubapa. Manakala untuk acara jemputan, acara 4x100m (lelaki) dipertandingkan antara wakil dari SKSM dan SK Seri Suria. Tahniah kepada SKSM kerana memenangi acara tersebut!

Anugerah olahragawan dan olahragawati SKSM 2010 dimenangi oleh:

1- Olahragawan : Muhammad Suhairi (Kuning)

2-Olahragawati : Tricia Han (Hijau)

3- Olahragawan Harapan : Muhammad Nabil Aiman (Hijau)

4-Olahragawati Harapan : Nur Izzatul Akmal (Biru)

5- Olahragawan Tunas : Muhammad Nur Nazmi (Kuning)

6-Olahragawati Tunas : Nur Fatin Faizah (Hijau)

Tahniah kepada semua yang Berjaya, kepada yang tidak berjaya tahun hadapan masih ada! Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat, Guru-guru SKSM, PIBG dan orang perseorangan yang telah banyak menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit untuk menjayakan Temasya Sukan pada tahun ini. Majulah Sukan untuk Negara!

Gambar aktiviti Sukan di Facebook!

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia