Monday, April 19, 2010

SK SERI MEGA kini di FACEBOOK!


Kepada semua, Aktiviti Terkini di SK Seri Mega boleh diikuti di Facebook.. Jadilah ahli kepada Komuniti SK SERI MEGA OUG KL . Gambar aktiviti sekolah sepanjang tahun ini dapat dilihat dan dikongsi di sini. " Welcome to the Club!!! (:D

Raptai Sukan dan Latihan Kawad

Isnin ,19 April. Bermula hari ini sehingga Rabu (19-21 April 2010) SKSM akan mengadakan raptai sukan untuk acara perbarisan. Semua guru rumah sukan sibuk melatih Kontinjen kawad masing-masing sempena Sukan Tahunan SKSM yang akan di adakan pada hujung minggu ini (24 April 2010). Selamat berlatih kepada semua yang terlibat!

Wednesday, April 7, 2010

Latihan Sukan Berakhir dan Sukantara bermula...




7hb April, bermula dari minggu lepas telah bermula untuk kedua-dua tahap 1 dan 2. Rumah sukan Hijau, Kuning, Biru dan Merah masing telah mula mengumpul mata dari acara yang dipertandingkan. Minggu ini pula, telah bermula acara akhir untuk acara Lompat Tinggi, Lompat Jauh dan Lontar Peluru Lelaki dan Perempuan Tahap 2, dari tahun 4, 5 dan 6. Bagi murid tahap satu pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Acara saringan untuk acara balapan juga turut diadakan pada minggu ini. Kepada semua murid SKSM selamat bersukan! Majulah sukan Untuk Negara!

Tuesday, April 6, 2010

MESYUARAT PIBG

27 Mac, Inilah hasil dan keputusan sebulat suara ibubapa dan guru dalam memilih Ahli Jawatan Kuasa PIBG SK Seri Mega untuk tahun 2010. Semoga AJK yang terpilih dapat merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada selruh warga SKSM pada masa akan datang. Tahniah sekali lagi kepada semua AJK yang terpilih dan selamat menjalankan tugas!

MERIAHNYA HARI KELUARGA

Antara gambar aktiviti semasa Hari Keluarga yang diadakan 6 Mac 2010 lalu. Untuk melihat pelbagai ragam sepanjang Hari Keluarga layari kami di Facebook SK SERI MEGA OUG KL
di dalam album Hari Keluarga SKSM 2010.







Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia