Thursday, March 4, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH



4 Mac 2010, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan program Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Dalam program ini telah diadakan beberapa aktiviti, antaranya Perarakan sambil berselawat ke atas Nabi Junjungan kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Dendangan selawat diketuai oleh Cikgu Abdul Rahman. Perarakan mengelilingi kawasan sekolah ini telah disertai oleh semua murid dan guru Islam SKSM. Menariknya murid-murid tahun satu begitu seronok menyertai perarakan ini, kerana inilah kali pertama mereka menyertai perarakan seumpama ini. Selain daripada perarakan Slot Ceramah sempena sambutan kelahiran Nabi ini , telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi. Majlis ringkas ini telah dirasmikan oleh Cikgu Meon Bin Hassan (GPK HEM) selepas persembahan Nasyid oleh murid-murid tahun 6 sebagai pembuka tirai. Majlis diakhiri dengan jamuan makan untuk semua yang terlibat.

TAPAK HARI KELUARGA


Hari ini, khemah gerai untuk Hari Keluarga SK Seri Mega telah didirikan. Kesibukan makin terasa, murid-murid makin teruja, masing-masing tidak sabar untuk menanti hari sabtu ini. Untuk itu murid-murid jangan lupa beli kupon! Sediakan kupon yang secukupnya untuk anda membeli-belah dan bermain,...jangan ketinggalan mengunjungi Rumah Hantu.
Selamat beriadah bersama keluarga dan warga SK Seri Mega sabtu ini. Jom datanglah beramai-ramai!

Tuesday, March 2, 2010

Bahang makin terasa...!!!

Lagi 3 hari menjelang Hari Keluarga SK Seri Mega, suasana sambutan telah bermula, jualan kupon semakin mendapat sambutan. Teruja, kerana Cabutan Bertuah telah bermula sejak minggu lepas, murid masing-masing membeli kupon bukan sahaja untuk cabutan bertuah tetapi akan digunakan untuk sebarang urusan jual beli semasa hari tersebut.
Pastinya bukan sahaja murid-murid yang tidak sabar menunggu, tetapi juga guru-guru SKSM yang sedang bertungkus lumus untuk memastikan apa yang dirancang pada hari tersebut berjalan dengan lancar, dibantu oleh pihak PIBG.
Hari ini telah diadakan mesyuarat akhir mengenai perjalanan aktiviti semasa hari tersebut, pelbagai gerai akan membuka kaunter jualan antaranya, gerai Nasi Ayam, Nasi Lemak, Rojak Buah, Satay, Sanwich, Nuget & makanan goreng, Gerai Prihatin, dan Gerai 'Jumble Sale' yang menjual barangan terpakai yang masih boleh digunakan.
Rasanya kaunter jualan tiket yang paling mendapat perhatian ramai pengunjung pada hari tersebut ialah kaunter 'Rumah Hantu' kerana apabila Cikgu Meon (GPK HEM) mengumumkan aktiviti permainan yang akan diadakan pada hari tersebut , sorakan gemuruh daripada murid-murid apabila disebut Rumah Hantu semasa perhimpunan pagi semalam. Selain Rumah Hantu terdapat banyak lagi permainan akan diadakan. Bilik darjah dari 5K sehingga ke 3R akan dijadikan tempat permainan. Seronoknya bermain dan dapat hadiah. Jadi kepada pengunjung dan murid-murid sediakan kupon yang secukupnya untuk memasuki bilik-bilik permainan.
Pertandingan Karaoke juga turut diadakan, kepada yang berbakat jangan lepaskan peluang ini untuk menunjukkan suara emas masing-masing.
Jualan kupon masih dibuka, cabutan bertuah masih berjalan dan akan terus berjalan sehingga 6 Mac ini, jadi datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan Hari Keluarga SKSM. Kepada pengunjung luar, sila rujuk peta yang terdapat dalam blog ini (klik Map) untuk mengetahui lokasi kami.

Jom kenali SK Seri Mega OUG Kuala Lumpur.

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia