Saturday, May 23, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan

Pada hari ini, 23hb. Mei 2009 (Sabtu), Sekolah Kebangsaan Seri Mega telah mengadakan kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kepada semua guru SK Seri Mega. Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Meon bin Hasan (GPK HEM SK Seri Mega) sebagai fasilitatornya. Beliau telah menyampaikan kursus LDP pada kali ini dengan membawa tajuk
"Protokol Dan Etiket Membangun Sahsiah Cemerlang".
Kursus LDP ini telah dimulakan pada jam 7.30 pagi dan dijangka tamat pada jam 4.00 petang. Ia dirasmikan oleh Pn. Pok Mee Chin (Guru Besar SK Seri Mega). Kursus ini telah dijalankan di Makmal Komputer, SK Seri Mega.

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia