Saturday, January 24, 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG SK SERI MEGA 2008/2009


23 Januari 2009, SK Seri Mega telah mengadakan majlis Hari Anugerah Cemerlang, untuk meraikan kejayaan anak-anak murid SK Seri Mega yang cemerlang di dalam bidang akademik. Selain daripada penyampaian Hadiah kepada setiap pemenang kelas dari tahun satu sehingga tahun 6 sesi persekolahan tahun lepas. Majlis ini telah meraikan pelajar tahun enam 2007 dan 2008 yang mendapat 5A di dalam UPSR. Bagi Penerima Anugerah Khas Kokurikulum 2008, telah dianugerahkan kepada adik Mohd.Azri Bin Ramli dan adik Loo Yang Xian, Jade. Manakala kategori Tokoh Murid Lelaki dimenangi oleh adik Mohd.Amerul Akmal Bin Amer dan Tokoh Murid Perempuan dimenangi oleh adik Chuang Pei Ning.Tahniah diucapkan di atas kejayaan mereka!

Friday, January 9, 2009

MARI BOIKOT PRODUK ZIONIS-ISRAEL

Assalamualaikum. Pada penghujung tahun 2008 yang lalu dunia dikejutkan dengan serangan mengejut tentera Zionis terhadap penempatan rakyat Palestin di Tebing Gaza. Sebagai umat Islam yang prihatin dan sayang akan agama serta umat Islam, marilah kita semua memboikot barangan Zionis-Israel yang tidak berperikemanusiaan menghapuskan keturunan rakyat Palestin yang tidak berdaya. Untuk mengetahui produk-produk keluaran Zionis-Israel sila layari laman web ini http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html Kepada rakyat Malaysia yang bencikan keganasan dan peperangan marilah kita bersama-sama menghentikan atau setidak-tidaknya membenci akan keganasan serta peperangan yang sedang berlaku di Timur Tengah kini. Ini adalah selaras dengan usaha kerajaan Malaysia serta Kementerian Pelajaran sendiri yang yang membantah serta membenci akan keganasan yang digagaskan oleh Zionis-Israel. Wassalam.
(This article post by En.Fazli Bin Mansor)

Sunday, January 4, 2009

PEMBUKAAN SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MEGA akan mula dibuka untuk pengajaran dan pembelajaran secara rasminya pada hari Isnin (5hb. Januari 2009). Sesi persekolah pada tahun ini akan dimulakan pada jam 7.20 pagi hingga 1.00 tengahari. diharapkan agar semua ibu bapa dan penjaga harap maklum. Semoga pada tahun ini SK Seri Mega akan mencapai kegemilangan yang berterusan hendaknya.

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia