Monday, September 22, 2008

PENGUMUMAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2008

Umat Islam di Malaysia akan mula menyambut Hari Raya Aidilfitri 2008 pada minggu hadapan. Oleh yang demkian, Sekolah Kebangsaan Seri Mega akan mula bercuti pada 27hb. September 2008 sehingga 5hb. Oktober 2008. Ini bermakna sekolah akan ditutup selama 9 hari. Sekolah akan dibuka semula bermula pada 6hb. Oktober 2008 (Isnin). Di kesempatan ini, saya yang mewakili warga pendidik serta pentadbiran Sekolah Kebangsaan Seri Mega menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika terdapat silap dan salah selama mentadbir serta mengendalikan murid-murid SK Seri Mega sepanjang tempoh ini. Diharap agar kekhilafan kami itu dapat dimaafi. Kami juga akan berusaha sedaya mampu untuk mendidik dan memberi kemudahan yang lebih selesa kepada anak bangsa Malaysia yang dicintai. Kami doakan agar warga SK Seri Mega semuanya bergembira menyambut hari yang mulia ini. Berhati-hatilah ketika di jalan raya. Sayangilah mereka yang tersayang.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!

Thursday, September 18, 2008

JEMPUTAN PESTA TANGLUNG

Pada 19hb. September 2008, SJK(C) Yoke Nam telah menjemput semua warga SK Seri Mega untuk menghadiri Pesta Tanglung sekolah tersebut. Pesta tanglung ini akan dimulakan pada pukul 7.00 malam hingga 9.45 malam. Pesta ini akan diselangi dengan konsert ( Nyanyian dan Tarian), Pameran Tanglung, Tarian Naga, Tarian Singa, pertunjukan bunga api serta perarakan tanglung. Pihak SJK(C) Yoke Nam berbesar hati untuk menyediakan makan malam di sana. Kepada para pelajar yang ingin hadir ke pesta tersebut, dinasihati agar diiringi oleh ibu bapa atau penjaga masing-masing. Kepada yang berminat, sila berikan nama dan bilangan ahli yang akan hadir ke pesta tersebut kepada Pn. Mah Sook Theng. Ahli rombongan daripada SK Seri Mega akan berhimpun di kantin SJK(C) Yoke Nam pada pukul 7.00 malam. Guru pengiring daripada Sekolah Kebangsaan Seri Mega juga akan hadir. Mereka terdiri daripada Pn. Mah Sook Theng, Pn. Sundramalar, dan Pn. Yap Chic Ease. Untuk maklumat lanjut sila hubungi urusetia SJK(C) Yoke Nam di talian 03-79875285.

Wednesday, September 17, 2008

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2008

Pada hari Jumaat ( 26hb. September 2008 ) pihak Sekolah Kebangsaan Seri Mega akan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran. Majlis yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam SK Seri Mega ini diadakan sebagai acara penutup Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Majlis ini akan berlangsung di Dewan Bakti, SK Seri Mega. Ia disertai oleh beberapa orang guru dan murid lelaki Islam. Mereka akan membaca Juzuk Ke-30 iaitu juzuk yang terakhir sehingga khatam. Majlis akan diakhiri dengan bacaan doa khatam Al-Quran oleh guru yang bertugas. Semoga seluruh warga SK Seri Mega akan mendapat keberkatannya. Insyaallah.

MAJLIS BERBUKA PUASA SK SERI MEGA 2008

Sekolah Kebangsaan Seri Mega akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa 2008 di sekolah ini. Majlis ini dijangka akan diadakan pada 25hb. Oktober 2008 (Khamis) bermula jam 6.30 petang. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan murid-murid yatim piatu yang sedang menuntut di SK Seri Mega ini. Mereka juga akan diberi sumbangan sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini. Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan sumbangan sila berhubung terus dengan Ustazah Zahrah (Ketua Panitia Agama Islam) atau En. Azman (Pengerusi Badan Kebajikan Guru-Guru Islam). Atau tuan puan boleh menghubungi pihak sekolah pada nombor telefon berikut. (03-77829244)
Majlis ini adalah anjuran Panitia Agama Islam dengan kerjasama Badan Kebajikan Guru-Guru Islam Sekolah Kebangsaan Seri Mega. Diharapkan agar majlis yang akan dijalankan ini akan memberi manfaat kepada seluruh warga SK Seri Mega secara amnya, dan murid-murid Islam khususnya. Di sini juga pihak penganjur juga mengalu-alukan kepada semua ibu bapa serta murid-murid Islam Sekolah Kebangsaan Seri Mega agar dapat melapangkan diri bagi memeriahkan lagi majlis yang diadakan setahun sekali ini. Semoga majlis yang murni ini akan diberkati dan diredai Allah S.W.T.

Friday, September 5, 2008

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH

Pada 9hb. September 2008 semua murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Seri Mega akan menduduki peperiksaan UPSR 2008. Peperiksaan ini akan berlanjutan sehingga 11hb. September 2008. Diharap semua murid Tahun 6, SK Seri Mega akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai target 5A seterusnya dapat mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Seri Mega, Kuala Lumpur. BERUSAHALAH.

CUTI SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR 2008

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan UPSR akan diadakan pada 9hb. September 2008 hingga 11hb. September 2008 ( Selasa hingga Khamis ). Oleh yanng demikian, semua murid SKSM kecuali Tahun 6 akan bercuti pada hari tersebut. Untuk makluman, cuti tersebut adalah untuk mengelak berlakunya sebarang gangguan kepada murid-murid Tahun 6 yang sedang memduduki peperiksaan tersebut. Murid-murid dikehendaki hadir semula ke sekolah pada 12hb. September 2008 ( Jumaat ).

Tuesday, September 2, 2008

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

1hb. September 2008 - Pada hari ini umat Islam di Malaysia amnya telah mula menjalankan ibadat puasa sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan pada tahun ini. Pihak SK Seri Mega ingin mengucapkan Selamat Berpuasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia amnya serta semua warga SK Seri Mega yang beragama Islam khususnya. Diharapkan agar pada bulan yang penuh berkat ini akan membawa rahmat dan rezeki yang melimpah- ruah hendaknya.
SELAMAT BERPUASA

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-51


31hb. Ogos 2008 - Genap sudah usia kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke-51. Dengan temanya Perpaduan Teras Kejayaan rakyat Malaysia amnya telah menyambutnya dalam suasana yang amat meriah. Ia dimulai dengan sambutan di ambang merdeka pada malam 30hb. Ogos 2008 yang disertakan dengan pertunjukkan bunga api di seluruh negara. Pada keesokannya pula diadakan acara perbarisan lintas hormat oleh pelbagai agensi di Dataran Merdeka khususnya dan di seluruh negara amnya.
MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia