Saturday, December 29, 2007

Majlis Pendaftaran Prasekolah Dan Tahun 1


28hb. Disember 2007 (Sabtu) - Majlis Pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1 telah dilaksanakan dengan lancar. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG, SK Seri Mega. Diikuti oleh taklimat Guru Besar, GPK 1, GPK HEM, dan Penyelaras Tahun 1. Sejurus selesai taklimat tersebut, para ibu bapa dan penjaga beralih ke kelas anak masing-masing untuk proses pendaftaran. Ramai ibu bapa yang hadir pada hari ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja yang telah menjayakan majlis ini.

Sunday, December 23, 2007

We Wish You A Merry Christmas & Happy New Year

To all of our teachers, students and parents of SK Seri Mega, we would like to wish you all Merry Christmas and Happy New Year.

Tuesday, December 11, 2007

Majlis Pendaftaran Dan Suaikenal Pra-sekolah dan Tahun 1

Pada 28 Disember 2007 ini, pihak sekolah akan mengadakan Hari Pendaftaran & Suaikenal bagi Pra-sekolah dan Tahun 1.

Matlamat

  1. Semua murid Pra-sekolah dan Tahun 1, ibu bapa serta penjaga memahami peraturan dan disiplin sekolah.

  2. Mewujudkan hubungan dua hala yang positif di antara semua murid, ibu bapa dengan pihak pentadbir sekolah serta para guru.

  3. Semua murid mengetahui lokasi kemudahan-kemudahan penting yang disediakan oleh pihak sekolah.

Aturcara

8.00 pagi - Pendaftaran di Kelas 1 Seroja, 1 Ros dan 1 Kenanga

9.00 pagi - Mengambil tempat di Dewan Bakti SK Seri Mega

9.30 pagi - Ucapan Guru Besar SK Seri Mega

10.00 pagi - Sesi Taklimat : -

1. GPK Tadbiran & Kurikulum

2. GPK Hal Ehwal Murid

3. Subjek Bahasa Cina

4. KIA 2M

10.30 pagi - Penyemakan dokumen

11.00 pagi - Bersurai

Wednesday, December 5, 2007

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Pihak SK Seri Mega ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Korban) kepada semua guru dan murid. Semoga hari raya ini akan membawa makna yang besar dalam kehidupan semua.

Language Translation

Translate post to:

EDUWEBTV

EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia