
28hb. Disember 2007 (Sabtu) - Majlis Pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1 telah dilaksanakan dengan lancar. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG, SK Seri Mega. Diikuti oleh taklimat Guru Besar, GPK 1, GPK HEM, dan Penyelaras Tahun 1. Sejurus selesai taklimat tersebut, para ibu bapa dan penjaga beralih ke kelas anak masing-masing untuk proses pendaftaran. Ramai ibu bapa yang hadir pada hari ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja yang telah menjayakan majlis ini.